Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Apabila kita berasa sangat lapar, bahan masakan utama yang paling mudah dimasak ialah telur.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Telur sangat mudah didapati dan senang dimasak sama ada digoreng, direbus atau dikukus separuh masak di samping memasak dengan resepi yang lebih berat yang lain.
Ramai yang mengatakan dengan memakan telur yang banyak akan meningkatkan tahap kolesterol yang tinggi. Sebenarnya dengan pengambilan telur yang berpatutan setiap hari adalah baik untuk kesihatan dan banyak khasiatnya.
Sejak dahulu lagi, telur sama ada telur ayam, itik, puyuh dan angsa menjadi makanan sumber protein yang menyihatkan dan menjadi ubat pelbagai jenis penyakit.
Kandungan kimia telur ayam, itik, puyuh dan angsa adalah tidak terlalu berbeza di antara satu sama lain, dengan pengecualian kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.
Sumber : scoobysfarm.com
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang merupakan vitamin larut lemak manakala protein avidin merupakan sejenis antibiotik semula jadi yang amat berguna bagi melawan jangkitan mikro organisma yang merosakkan telur tersebut.
Kandungan 67 miligram sulfur di dalam telur merupakan 8 peratus keperluan seharian yang diperlukan oleh badan manusia.
Terdapat beberapa pilihan telur yang biasa dimakan oleh penduduk Malaysia dan pilihan telur ini berbeza dari segi khasiatnya. Lihat pilihan mana yang sesuai dan sihat untuk anda:
1.Telur ayam
Sumber: imgs.vietnamnet.vn
Telur ayam menjadi pilihan kebanyakan penduduk Malaysia sejak zaman berzaman. Telur ayam adalah telur yang paling sesuai didapati dari ayam yang diternak atau dibela dengan banyaknya. Telur ayam adalah sumber protein yang kaya dengan vitamin A dan omega 3.
Kadar lemak dan kalorinya adalah rendah dengan antibiotik wujud bersama-sama biotin terdapat di dalam telur ayam yang dimakan mentah. Antibiotik ini akan hilang apabila dimasak.
Telur ayam juga mempunyai asid amino yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia dan ia sememangnya amat diperlukan setiap hari untuk menghadapi hari yang bertenaga.
2. Telur itik
Sumber : purelypoultry.com
Telur itik mempunyai banyak khasiat dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang tidak serius. Telur itik dapat berfungsi dalam menyihatkan buah pinggang.
Ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang tubuh badannya masih lemah kerana baru pulih dari penyakit batuk kering, sakit kerongkong, tekanan darah tinggi dan cirit birit.
Telur itik kaya dengan vitamin B2, protein, mineral, kalsium dan zat besi sehingga dapat mencegah penyakit anemia iaitu penyakit kekurangan darah dan meningkatkan pertumbuhan tulang.
Telur itik yang diawet menjadi telur masin juga tidak hilang khasiatnya tetapi perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit kerana kandungan garam yang banyak di dalam telur tersebut adalah tidak baik untuk kesihatan.
3. Telur puyuh
Sumber : stopcrohns.wordpress.com
Kandungan nutrien di dalam telur puyuh adalah hampir sama dengan telur ayam. Telur puyuh jika diamalkan pengambilannya akan dapat mencegah penyakit paru-paru dan asma.
Telur puyuh memiliki kandungan yang kaya dengan protein, vitamin, mineral, kolina, lutein dan pelbagai zat penting yang lain.
Telur puyuh boleh memenuhi keperluan kalsium tubuh yang baik untuk tulang dan gigi. Selain dari itu, telur burung puyuh ini juga dapat meningkatkan kadar hemoglobin di dalam tubuh.
4. Telur angsa
Sumber : pixabay
Telur angsa mempunyai ukuran yang lebih besar dari telur ayam dan telur itik. Telur angsa sangat sesuai diamalkan pemakanannya oleh mereka yang mempunyai penyakit hepatitis dan penyakit buah pinggang.
Kandungan lesitin di dalam telur angsa adalah sangat tinggi berbanding telur lain. Lesitin dapat membantu menurunkan tekanan darah, menguatkan jantung dan sangat sesuai bagi perkembangan otak kanak-kanak yang sedang membesar.
5. Telur ayam kampung
Sumber : santapkuliner.com
Telur ayam kampung bersaiz lebih kecil berbanding telur ayam yang diternak. Kandungan nutriennya adalah sama dengan telur ayam yang biasa tetapi khasiatnya dipercayai lebih dalam menjadi penawar pelbagai jenis penyakit.
Ia digunakan dalam rawatan tradisional secara turun temurun. Permintaan terhadap telur ayam kampung ini sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi oleh kerana ayam kampung mendapatkan makanannya secara organik dan telurnya bebas dari bahan kimia.
Pilihlah yang mana satu telur yang sesuai dimakan oleh anda hari ini.
Kredit : Era Baru