BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBULKAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

APABILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Firman Allah, maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKU dan hendaklah mereka beriman kepadaKU supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Surah al-Baqarah: 186)

APABILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU, DIA INGIN MENGUJIMU…

Menurut al-Khatabi: “Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala.”Menurut Hukama: “Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat.”

APABILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU…

Firman Allah, maksudnya: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah: 216)

OLEH ITU, SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH…

Firman Allah SWT, maksudnya: “Aku bersama sangkaan hambaKU terhadapKU, maka bersangka tentang KU apa sahaja yang kamu ingini.” (Hadis Qudsi)

Ingatlah bahawa, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya… Sama ada kita bijak menilai dari mata hati… Tepuk dada, tanya iman… Sesungguhnya, DIA lah sebaik-baik perancang…

JAGA AKHLAK sebaiknya. Kerana akhlak kita menentukan jaya @ gagalnya personaliti kita..

Kehidupan adalah Agama. Nabi mengajar manusia menerusi perbuatan/ucapan/doa dari bangun tidur, masuk tandas hingga lah ke tempat tidur untuk kita teladani sesuai dengan firman Allah yang bermaksud :-
“Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku ” _Az-Zariyat:56.

Sekiranya kita tahu sedikit tentang pengetahuan ilmu agama dan ianya soheh dari Nabi s.a.w, maka istiqomahlah dengan yang sedikit itu kerana itu lebih baik dari orang yang banyak pengetahuan agamanya tetapi tidak beramal.
Justeru, jangan melihat keadaan orang lain. Fikirkan untuk diri sendiri kerana di hari akhirat kelak, kita tidak akan ada masa untuk fikir pasal orang lain melainkan mengenangkan nasib diri sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *