PELIK Makcik India Tiba2 PELUK Di Sekolah. Puncanya Buat Saya Terus SEBAK

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Diceritakan oleh seorang cikgu. Tengah beli makanan di kantin tiba-tiba dipeluk oleh seorang makcik India. Bila tanya sebab, jawapannya buat cikgu tu terus terduduk sebak. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

DIPELUK MAKCIK INDIA

Tadi keluar beli makanan. Tengah menceduk nasi dalam polisterin, ada seorang ibu India menerpa terus pada saya. Disalamnya erat dan diucapkan terima kasih kepada saya berkali-kali.

Saya mengaru kepala sambil bertanya, “Kenapa ye puan? Ada apa?”.

PUNCA SEBENAR

Beliau mengucapkan terima kasih sebab sudi mengajar anaknya yang agak lemah dalam akademik. Terima kasih sebab buat anak dia lulus subjek Bahasa Malaysia dengan gred C.

Dari awal anak dia tidak pernah lulus subjek itu. Berair mata dia.

Saya nampak keikhlasan dalam matanya sebagai seorang ibu. Saya mendoakan anak puan berjaya dalam hidupnya.

Saya bergegas ke kaunter, kata petugas kaunter, makanan dan minuman saya sudah dibayar oleh wanita tadi.

Alhamdulillah, makan yang dibayar, saya anggap rezeki. Tetapi keikhlasan ibu tadi yang melekat di tangkai hati. – CIkgu Sya

Add Comment