Bagaimana Adam Corrie Boleh Memeluk Islam? Baca Kisahnya Di Sini.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sahabat yang budiman,

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Saya banyak menerima mesej dari sahabat-sahabat di Facebook yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk agama Islam. Jadi saya ringkaskan untuk pengetahuan sahabat-sahabat budiman

Secara rasminya saya telah kembali pada fitrah. Saya berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha. Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat dan serba sedikit mengenai fardu ain.

Alhamdulillah hidayah diberi kepada saya ketika usia saya 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu Allah. Akhirnya saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.

Hidayah Milik Allah Melalui Mimpi

Adam Corrie Lee. © Sinar Harian

BAGAIMANA SAYA MENYUKAI ISLAM?

Saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan Terasa sangat ingin ke sana. Semasa kanak-kanak saya bersahabat baik dengan anak-anak ustaz. Mereka selalu bawa saya pergi ke masjid. Saya suka dengan akhlak dan cara hidup mereka.

Saya mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

BAGAIMANA MENDAPAT HIDAYAH?

Saya mendapat hidayah ketika tidur. Dalam tidur saya bermimpi. Ia berlaku setelah saya berdoa pada Allah sebelum tidur;

“Ya Allah! Sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah.”

“Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

“Alhamdulillah impian pertama saya selepas memeluk agama Islam, perkara pertama yang ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Menjadi Tetamu Allah Adalah Idaman Adam Corrie

Adam Corrie dan Isteri. © halimislam

“Alhamdulillah dalam masa 10 bulan selepas menjadi muslim, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya”.

Alhamdulillah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *