Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Doa sudah menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan seorang muslim setiap hari, sesuai dengan tuntunan dari Rasulullah SAW. Kadang-kadang, ada antara kita yang berdoa kerana berhajat kan sesuatu dan berharap agar Allah segera mengabulkan doa tersebut. Ada ke kalimat yang boleh membuat doa segera dikabulkan? Terbukti ada dua kalimat yang boleh membuat doa segera dikabulkan. Berikut ini penjelasan selengkapnya. Mari kita baca ulasan selanjutnya.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
DOA DALAM AMALAN HARIAN
Memang tidak salah jika anda berharap agar Allah segera mengabulkan doa tersebut. Namun, perlu kita renung lagi apakah kehidupan ibadah anda juga sudah dilakukan dengan sungguh-sungguh? Jika anda memang sudah banyak melakukan ibadah serta sudah terhindar dari perbuatan maksiat, tetapi Allah masih juga belum mengabulkan keinginan anda tersebut, jadi mari kita cuba untuk melakukan doa agar keinginan dikabulkan Allah SWT.
Ada kajian yang dilakukan pada Masjid Baitul Ihsan yang terletak di sekitar Bank Indonesia oleh Ustaz Bachtiar Nasir, yang terkenal kerana muncul sebagai salah seorang juri dalam rancangan Pencarian Bakat seperti Hafidz Cilik serta Dai Cilik, dimana beliau memaparkan kalimat doa Islam tersebut.
https://youtu.be/TzgOW7XmeD0
KALIMAH YANG BOLEH DIAMALKAN
Kata-kata pertama yang dapat menjadikan doa tersebut, adalah “Wa ilaahukum ilaahuw Waahidun laa ilaaha illa huwar rahmanurrahiim”. Di dalam kalimat tersebut ada dua kata iaitu Rahiim serta Rahmaan yang bererti yang diambil dari sifat Allah yang bemraksud penuh dengan kasih sayang pada semua hambanya.
Ustadz Bachtiar lalu mengajak para hadirin yang berada di tempat tersbut untuk membaca dan menghafal kalimat doa yang indah tadi dalam masa 5 minit saja. Beliau berkata bahawa kalimat doa tersebut, sangat membantu orang yang mengamalkannya dalam menghadapi kehidupan di kala kesusahan seperti yang kebelakangan ini dihadapi oleh banyak orang.
Ustadz Bachtiar juga turut membantu para hadirin yang berada di tempat itu untuk menghafal kalimat doa yang menyentuh hati Allah tersebut perlahan-lahan sampai akhirnya mereka Berjaya menghafal.
Selepas itu,Ustaz Bachtiar memberikan pula kalimat kedua iaitu “Alif Laam Miim, Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyum” yang bererti bahawa kita sesungguhnya yakin kepada Allah sebagai Maha Hidup yang berdiri sendiri serta berkuasa tanpa adanya campur tangan dari apapun.
Kalimat kedua tersebut diambil daripada permulaan kalimat dalam surah Ali Imran yang terkenal. Ustaz Bachtiar akhirnya meminta kembali pada para hadirin yang ada di tempat tersebut untuk kembali membaca kedua kalimat doa tersebut dengan dipenuhi rasa yakin akan Allah Yang Berkuasa untuk Memberi dan Mengabulkan doa-doa hamba nya jika Dia Berkehendak.
Di akhir ucapan beliau juga mengatakan bahawa kedua kalimat tersebut mesti lah selalu dibaca pada awal setiap doa jemaah dengan tujuan agar Allah Maha Pengabul segera menkabulkan setiap doa yang kita ucapkan.
ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MAHA PEMURAH
Sudah pasti dua kalimat yang membuat doa segera dikabulkan tersebut mesti lah diiringi dengan amalan yang baik dari orang yang berdoa dan berhajatkan sesuatu. Kerana, Allah akan lebih mudah menkabulkan doa bagi orang yang memiliki akhlak yang baik. Teruslah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara banyak berdoa, berzikir, membaca Al-Qur’an sehingga kita semakin menuju ke jalan yang benar. Jangan lupa untuk banyak bersedekah kerana Allah akan memberikan rezeki yang lebih bagi orang yang berkongsi rezekinya kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya ada sebahagian dari rezeki yang kita terima, merupakan hak milik dari orang yang memerlukan tersebut, dengan menggunakan kita sebagai perantaranya.
Sumber : Kumpulan Misteri