INILAH 10 PERANGAI ISTERI YANG BUATKAN SUAMI MURAH REZEKI!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Pernah dengar tak… Orang kata isteri pembawa rezeki… Allah alirkan rezeki selepas kahwin…
Jika sebelum kahwin, pakai motor kapcai je… Lepas kahwin dah dapat kancil… Dapat anak, pakai saga… Tambah anak pakai estima… Ada kan.. Memang ada… Itulah rezeki anak dan isteri…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tapi… Isteri pembawa rezeki jika buat perangai macam ni… Insya Allah…  Isteri yang berperangai macam ni… Buatkan suami murah rezeki dan tak putus rezekinya… Insya Allah…


10 perangai itu ialah…

1. Isteri yang selalu bersyukur
Tak kira banyak mana pun rezeki suaminya, dia syukur sangat… Tak mewah, tak syukur dengan rezeki yang ada…

2. Isteri yang sering bertawakal
Isteri yang serah segalanya kepada Allah dalam segala hal.. Insya Allah…  Lapang rezeki suaminya…

3. Isteri yang kuat ilmu agamanya
Nak kuat ilmu agama tak semestinya seorang ustazah.. Tapi cukuplah seorang isteri yang sering belajar hal agama dan mempraktikkannya.

4. Isteri yang banyak istighfar
Melazimi istighfar di hati dan di bibirnya… Insya Allah… Pembawa rezeki yang berkat buat suami dan rumahtangganya…

5. Isteri yang kuat bersilaturrahim
Isteri yang suka berkawan, panjangkan silaturahim dan menjaga silaturahim… Inilah punca kenapa rezeki suami tak putus… Terutama bagi suami kaki bisnes… Kawan isteri pun akan jadi pelanggan suami.

6. Isteri yang sabar
Sabar menghadapi mehnah dan ujian… Sabar dalam segala hal kehidupan… Sabar dengan suami dan anak-anak… Penenang di kala kekalutan…

7. Isteri yang kuat berdoa
Selalu berdoa… Sikit-sikit doa… Itulah penguat seorang suami… Doa kan senjata utama seorang mukmin.

8. Isteri yang kuat solat
Solat fardhu ditambah yang sunat. Walaupun banyak kekangan kerja rumah, tapi dia bijak bahagikan masa antara hal rumahtangga dan ibadat.

9. Isteri yang faham tanggungjawab
Segala keperluan suami dipenuhi… Ditaati dan dituruti selagi mana tak bercanggah dengan syarak. Menjaga maruah suami dan hak suami sebaiknya.

10. Isteri yang bertakwa
Isteri yang meletakkan takutnya hanya kepada Allah.. Insha Allah…  pembawa rezeki buat sang suami tanpa disangka…

Indahnya rumahtangga jika ada isteri begitu kan… Rezeki suami juga jika punyai isteri yang ada 10 ciri ini… Rezeki tu bukan terhad pada wang ringgit dan kemewahan… Tapi juga, ketenangan, kebahagiaan…anak yang soleh solehah juga rezeki berpanjangan yang berkat hingga ke syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *