Rumahtanggaku Berantakan Gara-gara Kawan2 Hantu Sang Suami yg Berlagak Islamik

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rumahtanggaku Berantakan Gara2 Kawan2 Hantu Sang Suami.Salam, mohon pendapat semua apa lagi perlu sy buat untuk meningkatkan lagi kesabaran sy. Sejak suami bergaul dgn kawan2 yg dia baru kenal, dia dah rajin tinggalkan sy sorang2 dekat rumah dgn sarat mengandung ni.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bila sy pertikaikan sy tak berani sangat dok sorang2 buatnya apa2 jadi pada sy macam mana, dijawabnya benda kalau nak jadi tak kira dia depan mata pun boleh jadi jugak. Ok sy diam. Sanggup ikut kawan2 yg semua tu dah berkahwin berkopiah bertanda hitam kat dahi bagai ke sana ke sini sampai sanggup ambil cuti kerja semata2 nak join tapi bila hari ulangtahun kami, hari check up sy, sayang sangat cuti sampai sanggup PH pun nak buat OT.

Ya sy bekerja juga, semua benda sy dah jadi terlalu berdikari, cari barang baby sendiri, check up sendiri, service kereta sendiri, tayar pecah pun tukar tayar sendiri, tp yg ni failed sikit sbb payah sikit sampai terpaksa mintak tolong kereta yg lalu lalang dekat situ.

Pendek kata semua settle sendiri. Tapi time dia sakit? Sy lah yg dia cari dan dia berkepit sepanjang masa mintak sy jaga dia complete a-z. Lepas sihat? LUPA. Ya, kawan2 yg jaga time dia sakit, bukan sy. Tp sy yg sarat ni sakit? Kaki bengkak? Urut sendiri. Mabuk? Handle sendiri.

Mengandung anak first, saat semua org happy sbb bakal datangnya ahli baru yg pertama pulak tu, si dia berlagak biasa je, bila sy suruh bercakap2 dengan baby sikit, jawabnya tak perlu nak seronok sangat, biar seronok dalam hati, bukan sy canangkan sy mengandung sekampung atau dekat fb atau di mana2 media sosial, hanya nak share kegembiraan bersama suami. Kawan2 bukan main ada yg bergelar ustaz berjanggut panjang bagai, tp dalam group wassap semua heboh berbual pasal janda kedai siam.

Dengan2 ustaz tu sekali join conversation sebut perkataan kemaluan perempuan dan sebagainya, manakah karaktermu sebagai seorang ustaz? Yg kamu hanya tau bagi nasihat pada suami, kita sebagai ketua keluarga kena tegas jangan takut bini, tapi kamu pun gagal mendidik isteri mu dan herdik gelarnya pemalas sehingga kamu berniat nak kahwin lagi satu, bukankah kamu sebagai ustaz kena mendidik isterimu bagi betul dahulu? Bab kahwin lain laju je, tp bab makan duit pencen bekas bini yg dah arwah bagai tak malu?

Geng suami sy ni isteri2 surirumah, dan kawan2 suami sy ni semua kerja kampung jadi masa utk keluarga terlalu banyak disebabkan itu diorang semua asyik mengganggu suami sy ajak lepak ajak itu ajak ini yg mana masa utk kami sangat terhad, dia sibuk bekerja. Sy rasa tekanan yg teramat sangat. Mungkin sbb emosi sy tak stabil di waktu preggy ini kot?

Sy ajak bercuti, membazir katanya, nak siapkan kelengkapan baby lebih penting, tapi bila geng2nya ajak bercuti bawak anak bini memasing dia laju je dan nak bawak sy sekali, tapi dengan begini warga KRT rasa ada feel ke sy nak join? Dan 2-3 org kawan suami ni suka sangat tengok2 sy, kita bukan nak perasan lawa ke ape, ye sy tau ramai lagi perempuan lawa, tp kita selalu boleh rasa bile gerak geri kita diperhatikan, tanya pada suami yg sy bekerja pangkat apa? Gaji berapa? Bini ko belajar tinggi ye? Nak tengok gambar bagai, tp suami sikit pun tak sedar semua tu.

sy yg rasa tak selesa, pagi2 terjah datang rumah sy cari suami tanpa call suami hanya semata2 nak cakap nak kirim beli durian sebijik, tak boleh call ke? Pagi2 tetiba datang alasan nak tumpang letak barang lah, padahal semua tu berjiran je dalam kawasan perumahan, asyik dengar dalam perbualan mereka kecik molek je bini ko ye? ada yg cakap eh muka bini ko macam bini aku. dan sebagainya. Sy cuti ke apa diorang akan sampaikan pada suami sy nampak kereta sy parking dalam garaj, sy tak kerja ke?

Allahu, sy ni ada bodyguard ke semua nak ambik tahu? korang faham tak apa yg sy rasa tp bila sy cakap pada suami dia buat bodo. Sy bekerja, hari2 sy travel sejauh 100+km tempat kerja-rumah (arahan suami suruh duduk dgn dia.) balik rumah sy pergi beli barang dapur sendiri, memang suami bagi duit, ajak teman katanya busy kerja, bayangkan macam mana jiwa sy pergi beli ikan buah sayur bagai dgn boyot, dgn bawak barang berat kiri kanan, sampai rumah pukul 7.30 malam, nak kejar solat maghrib, nak siang ikan lagi, nak masak utk makan malam lagi, tetiba magrib2 diorg datang rumah lepak, padahal berkopiah bagai, mintak pulak sy masakkan itu ini utk jamu diorang, bukan suami yg mintak ok tp mereka yg tetamu hantu tu.

Kadang2 sy tertekan sampai sy rasa nak buang bby ni, tp cuba pujuk hati ni lawan hasutan setan.Dan sekarang, sy dah selamat berada di tempat percutian sendirian, sy dah tak tertahan lagi sy betul2 perlukan masa nak tenangkan diri, nak balik kampung sy, suami tak bagi sbb takot mak ayah sy tau kami krisis. So sy terpaksa cakap sy ada urusan kerja outstation 3 hari, bila da cakap outstation baru suami nak sedih merajuk bagai, sorry lah, rasa macam dah terlambat. Takut sy terbuat keputusan nak hidup solo dgn anak je. PENAT. Sekian.

Sumber: KRT

Add Comment