Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Assalamualaikum, admin tolong hide profile saya. Saya ingin meminta pandangan dan pendapat dari semua. Saya confius sekarang ini. Kisahnya macam ni. Saya seorang teruna yg berkahwin dgn seorang janda anak 2 dan isteri saya lebih tua 2 tahun dari sya. Kami dah berkahwin 3 tahun lebih tapi dalam perkahwinan kami. Berlaku sesuatu.. iaitu dia kantoi dengan saya ada scandel2 dengan lelaki lain.
Bila saya tanya dia taknak mengaku, bila tunjuk bukti barulah dia mengaku tapi sebelum kami berkahwin pun pernah dah kantoi keluar dgn scandel lain di depan mata saya sendiri kerana saya bekerja diluar negeri tp itu takpe la. Saya maafkan dia sbb kami baru couple tapi bila dah kawin mende yg sama masih terjadi. Masa tu baru 1 tahun kami berkahwin.
Bila dah kantoi, baru minta maaf dan taubat tak buat lagi. Saya maafkan dia, dalam masa yg sama.. saya rasa kecewa kerana janji2nya dan kesetiaan saya pada dia tak dihargai. Dalam pada masa tak berapa lama, ada seorang perempuan chat saya dan ingin berkenalan dengan saya.
Disebabkan kecurangan dia, saya layan perempuan tu tapi sekadar kawan. Tak pernah bertemu dan berjumpa dan hal ini kantoi dgn isteri saya. Dia marahkan saya macam2. Maki hamun saya. Saya tak kisah sbb saya hanya kawan dengan perempuan tu dan tak melebih pun. Sbb saya dah terus terang dgn perempuan tu saya seorang suami dan mempunyai isteri yg saya sayang tapi isteri saya tetap tak berpuas hati dgn perempuan tu dan saya putus kawan dgn perempuan tu.
Dalam beberapa bulan, rumahtangga kami kembali ok.Tapi saya dapat tahu pulak yg isteri saya ada scandel 3 lain. Saya siasat dan saya dapat tahu bende tu betul. Bila saya tanya dia, dia tak ngaku dan bila saya cek telepon dia. Ada wasup dgn lelaki tu, dia marahkan saya kerana buka di telepon tanpa kebenaran dia. Dia naik angin kerana telah kantoi dengan saya, pergaduhan kami makin teruk. Dia minta saya ceraikan dia, saya minta maaf dgn dia atas silap saya tapi dia tetap berkeras untuk bercerai dgn saya.
Dia ke mahkamah utk menuntut cerai dgn saya dan tarikh ke mahkamah dah ditetapkan utk kami tapi di mahkamah saya tak setuju utk ceraikan dia. Hakim terima keputusan saya, jadi kami masih sah suami isteri tapi bila saya pergi bekerja ke luar negeri. Kami sentiasa gaduh, ada saje yg tak kene apa yg saya buat. Walaupun hal2 kecik, bila saya balik kampung. Dia tak bagi saya balik rumah kami dan tak bagi saya tidur di situ. Saya balik ke rumah mak saya. Bila mak tanya kenapa, saya cakap isteri ada kurus.
Sentiasa nak cari gaduh dengan saya dan kali kedua dia menuntut cerai dgn saya. Dalam masa yg sama juga, anak2 dia bagitau saya yg isteri saya sentiasa keluar malam dan ada scandel 4 dalam masa kami masih sah suami isteri. Masa tu, memang hati saya betul2 terluka dgn sikap dia jadi saya buat keputusan bila di mahkamah nanti. Saya akan ceraikan dia dan ikut apa kehendak dia biarla dia berpuas hati. Pada tarikh yg ditetapkan, kami ke mahkamah dan saya lafazkan talak 1 pada dia.
Selepas selesai, saya terus keluar mahkamah dan balik rumah mak saya tapi dalam perjalanan. Dia wasup saya dan berterima kasih dekat saya kerana lepaskan dia. Dia ajak saya jumpa selepas 3 hari kami bercerai dan cakap ada banyak perkara nak bercerita dengan saya. Dia ceritakan pada saya yg dia kenal seorang lelaki tu (scandel 4) dan lelaki tu perangai macam saya ikut je kehendak dia padahal saya dah tahu pasal lelaki tu. Saya cakap terpulang pada awak la, tu keputusan awak tapi pada masa yg sama.
Dia cakap dekat saya yg dia masih sayangkan saya dan andai suatu ketika, dia nak kami bersatu semula. Dalam tempoh eddah kami, dia selalu berhubungan dengan saya. Selalu tanya saya bila saya balik cuti dan nak jumpa saya. Saya tipu dia, yg saya ada kenal dgn seorang perempuan lain. Dia gelabah nak tahu sape perempuan yg cuba dekati diri saya. Saya menyamar jadi perempuan tu. Dia mintak no fon dgn saya. Dia wasup perempuan tu maki macam2 jangan kacau dan ganggu saya lagi.
Dia cakap yg saya ni masih suami dia padahal kami dah cerai. Saya bagitau bekas isteri saya,awak berubah la, sedar la apa salah dan silap awak pada suami awak. Suami bekerja jauh sbb mencari rezeki yg halal tuk keluarga yg saya sayang.Cuba la setia pada suami, buang la lelaki2 tu dalam hidup.
Saya juga ada bagi dia peluang. Andai dalam tempoh eddah kami dia berubah. Saya sudi terima dia kembali jadi isteri saya. Sampai la akhir eddah kami. Perhubungan dia dgn scandel 4 itu kantoi dgn isteri scandel itu. Macam2 isteri dia tu mengata bekas isteri saya dan isteri tu pun ditipu oleh suami dia selama ini. Lelaki tu pernah berjanji dgn bekas isteri saya yg dia ingin berkahwin dgn dia. Scandel 4 itu putuskan hubungan dia dgn bekas isteri saya dan diamkan diri tak berhubung.
Lepas semua tu, tempoh iddah kami habis. Saya jauhkan diri dari bekas isteri saya tapi dia cuba nak dapatkan saya balik dan akhirnya dia ajak saya berkahwin buat kali kedua. Sya setuju sbb sy masih cintakan dia walau apa yg dah dia lakukan pada saya tapi dgn syarat. Dia berjanji nekad setia pada saya dan takkan ada lagi scandel2 dan jagalah keluarga kami sebaiknya serta jalankan la tanggungjawab seorang isteri itu. Kami berkahwin tapi dalam beberapa bulan perkara tu terjadi lagi. Apa yg perlu saya buat? Adakah perlu saya lepaskan dia kerana tak berubah? Sekarang saya hanya diamkan diri.
Sumber: KRT