Cinta Sejati Si Penjual Burger yang pasti meruntun hati

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assamualaikum Admin. Minggu lps sy ada komen kt page Kisah Hati ttg arwah adik. Ramai yg mendoakan utknya. Terima kasih.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ini cerita penuh ttg arwah, samada admin nk siar atau tidak terpulang ?. Sekadar jadi pengajaran utk mereka yg mngejar hrta dunia supaya percaya pada rezeki Allah

tq admin???

CINTA SEJATI SI PENJUAL BURGER
________________________________

Umi.. gelaran diberi pd puteri bongsu.. kehilangan ibu pd umurnya 8 thn. wajah yg cantik..putih dan boleh dikatakan dialah pling cantik dibndingkan kakak2nya. Ramai jejaka diluar yg mengingininya . Namun satu hari. .. dia meluahkan hajatnya utk berkahwin dgn jejak idaman… Tetapi………!!! Pilihannya……. HANYA SI PENJUAL BURGER!!!.

Sudah psti mendpt tentangan oleh kakak2 nya yg lain.. msing2 bermuka kelat termasuk aku sendiri bila dpt tahu pekerjaan pilihannya. Pelik.. antara ramai insan diluar knp itu yg dicari. Apa yg mmpu diberi nnti dgn nilai hidup si penjual burger????!! Si bongsu bersedih hati. Tiada siapa mengerti kehendak dihati.

Hinggalah pd satu hari .. suamiku yg hnya berdiam selama ini mula bersuara… “Baru hari ini aku tau noo,, pngkat besaq tu rupanya yg boleh bg hgpa hidup.. Baru aku tau noo.. kalau ms remaja dia ni bnyk buat nakal sana sini. Tuhan kata konpom masok neraka.. x layak taubat.. hangpa terer sungguh nooo… Hurm.. Hgpa lupa ka kun fayakun.. kalau sekali tuhan sebut org kaya pun buleh lingkup.. org jahat pun boleh jadi baik.. ingat!! Rezeki tu tuhan bg.. jgn hgpa pulak takbur pndai atoq hidup melebihi tuhan.. nnti tuhan tarik nikmat hidup hgpa..ms tu hgpa ada akai!!

Sentap!!.. akhirnya semua akur.. andai itulah jodoh si bongsu. Berlgsung kenduri dlm suasana sederhana.. Bbrp bln .akhirnya mndpt cahaya mata..kegembiraan x lama, puteri kecil disahkan pula jntung berlubang. Dlm keadaan pntng si bongsu menjaga siang malam di hosp.. lgsung x menjaga dirinya sndiri .hanya puteri dihati.. Di ijn bby dibedah. Tiap2 bln berulang alik utk check up.. alhamdulillah . disahkan sihat sepenuhnya.

Kegembiraan bermula dlm hidup mereka.. hidup bertiga dgn permata hati..nmun x lama. Si bongsu mula jatuh sakit , demam bengkak gusi… Bln 12/2013 akhirnya disahkan mengidap leukimia.. ya Allah sesungguhnya berdentum hidup kami sekeluarga. 6 bulan berperang dgn kesakitan. ..akhirnya pd kimo ketiga dia pergi mengadap ilahi pd 02/06/2014..

Akhirnya kami sedar. Knp tuhan menghantar si PENJUAL BURGER menjadi keluarga kami. Kerana dia penjual burger.. Dia mampu berada dihospital setiap hari.. sedangkan kami kakak2nya kena mengatur hari bergilir2 utk menjaga dia disana krn msing2 bekerja.. bila berkesempatan mengambil cuti utk kesana..

Kerana dia sipenjual burger.. Dia dtg rumah kami..bergilir2 kami menyediakan makanan.. diambil dan dihntr, serta disuapkan kemulut bidadarinya dgn penuh kasih syg.

Kerana dia si penjual burger. .. Dia mmpu memandikan isterinya ..mengelap tubuh… Setiap inci tubuh si bidadari di belai dan di letakkan losyen agr tidak kekeringan..

Kerana dia si penjual burger.. Wktu malam dia pulang utk tidurkan ank kecilnya yg sentiasa bertnya di mana ibu?? Knp ibu masih blum pulang2.. lalu di peluk puteri kecil dgn kasih syg..walau di hatinya mengalir pilu melihat wajah kecil yg x tahu apa2.. di tepuk hingga lena.. sedangkan dia keletihan tidak cukup tidur.. tak dipedulikan tubuh bdnnya sendiri…

Kerana si penjual burger inilah..  Dia yg mendengar rintihan hati bidadari kesayangannya dgn setia.. Dan itulah rutin harian ..cinta agung si penjual burger trhdp bidadarinya..Dia mmpu b erada disisi isteri hingga ke nafas terakhirnya.. berada disisi mengucup dahi pd saat hembusan terakhir didunia ini.. meredhakan pemergian si bidadari..

Walau kami sedarah sedaging belum tentu kami mmpu melakukan sptnya..andai  dia berkelulusan. Rsnya dia xmmpu melakukan itu saban hari. Andai dia berpangkat. Adakah dia punya ms setiap hari?? Terjawab soalan akhirnya.. knp tuhan menjodohkan mereka.. sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik utk makhluknya. Percayalah.
Sudah 3 thn adikku pergi mengadap ilahi. Dan selama ini jugala.. si penjual burger msih bersendirian.. merindui bidadarinya.. Dan ank kecil itu adalah lmbg cinta sejati mereka. Cinta yg hidup mekar, walau si dia telah pergi..

Alfatihah buat adikku.. kami sekeluarga sentiasa menyayangi si penjual burger.. dia ttp keluarga kami hingga ke akhir hayat. Terima kasih krn memberi kasih sygmu pd adik kami walau seketika.. Kami doakan perniagaan mu utk membuka cafe berjaya spt impian arwah adikku satu ketika dulu. Tunaikanlah harapan bidadari mu..

#DARISHAHDAUD

Sumber: KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *