Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah:
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Keberkatan hidup bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dan dirasa.Kita tidak mungkin dapat menilai keberkatan hidup sesuatu individu hanya dengan melihat harta kekayaan yang dimiliki.Atau mungkin juga dengan melihat tahap kedhaifan yang ditempuhi.Kekayaan bukanlah penanda aras bahawa hidup anda mendapat keberkatan.
Boleh jadi Allah datangkan kekayaan sebagai Istidraj yang akan membuat tahap kesesatan dan kealpaan anda bertambah.Kemiskinan pula, boleh jadi Allah datangkan sebagai medan ujian buat hamba yang dikasihinya.
Bagaimana untuk menilai bahawa hidup anda mendapat keberkatan atau tidak? Lihat checklist yang kami sediakan di bawah:
1. Duit bertimbun, tapi selalu tak cukup!
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.lepas tu, siap bagi alasan, “Aku bukan taknak sedekah, tapi duit gaji aku ciput je..nak bayar kereta pun tak lepas” (sambil makan kentang goreng di McDonalds).
hidup tak berkat, pekerjaan tak berkat, usia tak berkat, masa tak berkat, pendapatan tak berkat, wang tak berkat, gaji tak berkat
2. Buat kerja tapi tak pernah siap!
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat manfaat!
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.Macam pepatah orang tua, “Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus”.
4. Masa habis dengan sia-sia!
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main Facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
5. Hati sentiasa gundah gulana!
Bila hidup tak berkat, apa pun yang kita capai dalam hidup (wang, kepandaian, pangkat) tak mendatangkan apa-apa makna.Tiada rasa gembira hadir dalam hati.Malah, rasa kekosongan jiwa semakin bertambah-tambah.Hidup dah penuh tapi jauh dalam sanubari , terasa satu kehilangan.Itu maknanya anda semakin jauh dari Sang Pencipta.
Apa lagi tanda-tanda hidup tak berkat yang anda tahu ???
One thought on “Baca Dan Fahami !!! 5 Tanda-tanda Hidup Tidak Berkat. no3 @ no4 Mungkin Ramai Yang Buat”