Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sri Mahyuni Munif, 19, gadis yang menjadi viral dalam facebook dua hari lalu sebenarnya sudah genap setahun menjadi pengawal keselamatan.Dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah kebangsaan di Kampung Datuk Keramat.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Di sebalik senyuman gadis manis itu, pelbagai kisah sedih terpaksa dilalui sepanjang zaman remajanya. Menurut anak sulung daripada dua beradik, lima tahun lalu dia terpaksa menamatkan persekolahannya semasa belajar di tingkatan dua kerana mahu bekerja untuk membantu keluarganya selepas bapanya berusia 54 tahun mengalami masalah kesihatan.
Gambar Yuni menjadi tular di facebook
“Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun lalu dan kesan dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya mengangkat barang berat.
Beliau meminta ayahnya berehat dan sanggup berhenti sekolah untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain meringankan beban ibunya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Remaja ini patut dicontohi bukan di pandang serong oleh masyarakat
Walaupun ayahnya berkeras meminta beliau supaya meneruskan pelajaran, dia terpaksa lakukan kerana tidak sanggup melihat ayahnya bekerja dalam kesakitan ketika mencari rezeki untuk keluarga. Menurutnya Yuni lagi, dia pernah membuat berbagai kerja sebelum ini seperti menjadi juruwang, jurujual dan pembantu kedai fotostat.
Akhirnya awal tahun lalu dia mengambil keputusan untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk persekolahan adiknya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
Yuni berkata, bekerja sebagai pengawal keselamatan sangat mencabar dan banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Segelintir masyarakat melemparkan berbagai tohmahan dan ada yang memandang rendah terhadap kerja sebagai pengawal keselamatan.
“SAYA tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan, asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga”.
“Sesetengah ibu bapa suka melanggar peraturan dan tidak mahu mendengar arahan saya, mungkin sebab anggap kerja pengawal ini adalah golongan bawahan”.
“Hati saya terubat apabila melihat kanak-kanak dan bermain dengan mereka. Ramai murid di sekolah rapat dengan saya dan ada yang menangis kerana terpaksa berpisah selepas tamat darjah enam,” katanya yang menetap di Ampang.
Sejak pagi semalam, beberapa gambar Yuni memakai pakaian seragam pengawal keselamatan tular di laman sosial serta menerima pelbagai reaksi netizen selepas rakan setugasnya memuat naik gambar itu di Facebook.
Tidak ramai remaja seusianya mampu memikul tanggungjawab sebesar ini.
Yuni berkata, dia terkejut apabila menyedari perkara itu dan terpaksa menerima dengan hati yang terbuka walaupun ada juga netizen yang memberikan komen negatif.
“Saya tidak kisah orang nak cakap apa kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku dan saya jadikan kata-kata itu sebagai semangat untuk saya terus kuat menjadi seorang pekerja yang lebih bermotivasi”.
“Ada yang cakap kononnya saya pinjam baju ibu atau kawan, dan menunjuk-nunjuk kepada netizen tapi saya hanya mampu senyum”.
“Saya ambil pandangan yang bersih-bersih saja, yang buruk-buruk saya tak nak fikir kerana bimbang memberi kesan kepada diri sendiri,” katanya yang masih bujang.
Yuni juga turut menerima pujian dan pandangan positif netizen yang mengatakan dia boleh dijadikan inspirasi kerana tidak memilih kerja meskipun mempunyai paras rupa yang menarik.
Beliau disayangi oleh pelajar-pelajar sekolah ini
Sementara itu, rakan setugas Yuni yang mahu dikenali sebagai Kak Ita, 32, berkata, dia menyifatkan Yuni sebagai seorang insan yang hanya satu dalam berjuta.
Katanya, Yuni gadis yang baik dan bersopan santun serta suka memberi pertolongan kepada orang ramai.
“Anak saya berusia 10 tahun bersekolah di Kampung Baru, setiap hari dialah (Yuni) yang menghantar dan mengambil anak saya kerana dia mahir menunggang motosikal”.
“Kami sudah macam adik beradik selepas bekerja di tempat yang sama sejak Jun tahun lalu. Saya muat naik gambar dia di Facebook untuk diri sendiri, tak sangka pula boleh viral (tular),” katanya.
Kepada Yuni, jangan dengar komen negatif masyarakat. Bukan mereka yang membei kamu dan keluarga kamu makan tetapi titik peluh kamu sendiri. Isya Allah anak yang berbudi kepada kedua ibubapa dan masyarakat akan diberkati hidupnya.
Sumber: Hmetro