Mengapa Jin Suka Merasuk Manusia dan Biasanya Perempuan Bukan Lelaki?? Inilah Puncanya!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

jin merasuk manusia, jin merasuk wanita, punca jin merasuk wanita, wanita dirasuk, punca wanita mudah dirasuk

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.jin merasuk manusia, jin merasuk wanita, punca jin merasuk wanita, wanita dirasuk, punca wanita mudah dirasuk

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah

3. Meninggikan suara dalam bilik air

4. Menangis dan merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas ke dalam bilik air

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan

9. Selalu bertengkar suami isteri

10. Terlampau marah

11. Mengikut hawa nafsu

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

15. Perempuan suka bersolek

16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir

17. Jin jatuh cinta pada manusia

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

“Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *