Cuai Dalam 2 “PERKARA” Ni Akan Buat Diri Jadi HINA Di Akhirat Kelak. Ramai TAK SEDAR Selalu Buat.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ya Allah. Ramai tak sedar yg mereka telah pun terjebak dalam melakukan 2 “perkara” ni yg akibatnya bakal diangkat sebagai manusia paling HINA di akhirat kelak. Mahukah kita jadi orang hinadiakhirat? Jom baca dan kongsikan. Semoga bermanfaat.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Cuai Dalam 2 “PERKARA” Ni Akan Buat Diri Jadi HINA Di Akhirat Kelak. Ramai TAK SEDAR Selalu Buat. | Khalifah Mail Online – Ramai tak sedar yang mereka telah pun terjebak dalam melakukan 2 “perkara” ni yang akibatnya bakal diangkat sebagai manusia paling hina di akhirat kelak. Mahukah kita jadi orang hina di akhirat? Jom baca dan kongsikan. Semoga bermanfaat.

ORANG BERIMAN SENTIASA AKAN DIUJI
Menjadi orang yang beriman adalah hasrat semua manusia. Namun, ianya tidaklah semudah yang dibayangkan. Tambahan pula bila mendengar firman Allah :

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? (Al’Ankabut : 2)

Jadi, bilanya mereka akan menjadi orang yang beriman selagi mereka belum diuji?

Ingatlah, ujian itu datang dengan berbagai cara. Boleh jadi, ujian yang berat pada seseorang, ia menjadi ringan pada selainnya, begitu juga sebaliknya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijaga-jaga dan ianya merupakan asas untuk layak bergelar sebagai orang yang beriman. Dan janganlah kita cuai dengan 2 perkara ini.

1. Berbangga Dengan Dosa Yang Dilakukan
Melakukan dosa adalah fitrah sebagai seorang hamba. Kerana itulah Allah sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang sentiasa melakukan dosa dan yang sedang bergelumang melakukan dosa. Yang paling hina adalah orang yang dah la buat dosa tetapi masih berbangga dengan dosanya.

Contohnya, “Mat, aku semalam tengok video perempuan tu, perghhh. Ko nak tak aku send kat hanphone ko?” Dah la buat maksiat, ajak orang lain buat maksiat sama dan langsung tak rasa malu.

2. Ceritakan Dosa Yang Telah Pun Ditutup Oleh Allah
Ia adalah suatu perbuatan yang terlalu buruk. Bayangkan, seseorang yang telah berzina, lalu Allah telah menutup dosanya daripada diketahui orang ramai, lalu dia sendiri menceritakan rahsia yang telah ditutup tersebut kepada orang ramai.

Contohnya, dia sembunyi-sembunyi lakukan zina. Tiada sapa tahu kecuali Allah. Yang jadikan dia hina apabila dia terang-terangan bagitau kat orang lain yang dia telah berlaku zina. Tanpa ada penyesalan dosa di wajahnya.

Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan perkara ini. Wa’iyazubillah.

Sumber : Kun Anta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *