Tuhan ‘jentik’ saya untuk berubah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Doktor pernah beritahu saya akan hilang ingatan… Mungkin gila atau tidak kenal sesiapa.”- Saleem

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

KUALA LUMPUR: ‘Doktor pernah beritahu saya akan hilang ingatan… Mungkin gila atau tidak kenal sesiapa.’

Andaian itu cukup membimbangkan penyanyi Suci Dalam Debu, Saleem, 58, apabila diberitahu doktor, kesihatan dirinya kian merosot.

Mengaku hidupnya diuji sejak beberapa tahun lalu, Saleem bagaimanapun bangkit atas semangat dan dorongan keluarga.

“Alhamdulillah… Syukur atas rahmat Allah yang memberi kekuatan dan kesihatan yang beransur pulih. Saya diuji bertalu-talu… Doktor kata saya akan hilang ingatan.

“Namun, saya bersyukur kerana masih tahu nama, nombor telefon dan lagu-lagu. Memang takut tapi kalau tak diduga begitu, kita tak tahu sekuat mana diri kita,” katanya kepada BH Online.

Saleem atau nama sebenarnya, A M Salim Abdul Majeed berkata, Allah ‘menjentik’ dirinya supaya tidak leka dengan kehidupan.

“Tuhan masih bagi peluang untuk saya menjadi insan lebih baik. Syukur keluarga terutama isteri dan peminat sentiasa berdoa serta memberi sokongan padu,” katanya.

Malam tadi, Saleem yang terlantar sakit, Februari lalu, mengadakan konsert amal bagi rakan artis melalui Showcase Saleem Raja Balada -Syokkk Ooo, di sini.

Bagai dijanji, bekas vokalis kumpulan Iklim itu menyerahkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada empat artis iaitu Datuk M Daud Kilau, Hail Amir, Wan Maimunah dan Bob Lokman.

Menyampaikan lebih 15 dendangan termasuk rangkaian lagu malar segar ketika bersama Iklim seperti Hakikat Sebuah Cinta, Saleem mengumumkan showcase itu bakal diteruskan ke lokasi lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *