Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Jom amalkan istighfar..Sedangkan Nabi xda dosa…istighfar dia lbh dr 70 kali sehari..astagfirullahaladzim ??
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
(Foto hiasan)
Istighfar iaitu dengan menyebut Astaghfirullah adalah amalan memohon keampunan kepada Allah yang dilakukan oleh umat Islam.
Amalan ini merupakan perbuatan yang dianjurkan dan penting di dalam ajaran Islam.
Ia dilakukan secara mengulang-ulang sebutan dalam bahasa Arab astaghfirullah, yang bermakna “Aku memohon ampunan kepada Allah”.
Seseorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan sahaja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga dalam semua keadaan ketika dia sedang menjalankan kehidupan seharian.
Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, dia menggunakan pernyataan ini. Bukan sahaja Allah ampunkan dosa seseorang itu, tetapi juga banyak ganjaran yang mereka dapat seperti dimurahkan rezeki, seperti satu kisah yang diceritakan oleh Umie a.k.a Kak Aa melalui laman web IIUMC Confession. Ikuti kisah berikut.
Pagi-pagi di tempat kerja saya suka buka youtube dan pasang bacaan ayat seribu dinar. Yea la kan, ayat seribu dinar ni ayat pembuka rezeki. Buka bacaan ayat seribu dinar dan mulut lantunkan kalamullah itu dengan harapan semoga hari saya dilimpahkan rezeki olehNya.
Suatu hari, selepas pasang ayat seribu dinar, youtube auto play terus keluar ceramah keajaiban istighfar dan menambah rezeki oleh Ustaz Halim Hassan.
Dalam ceramah tersebut ustaz ada sebut Allah sangat suka akan orang yang beristighfar dan bertaubat. Sukanya Allah kepada hambaNya yang beristighfar sampaikan di akhirat kelak Allah akan ampunkan dosa mereka dan di dunia Allah luaskan rezeki mereka.
Allah ada cerita tentang kelebihan istighfar dan taubat dalam surah Nuh ayat ke 10-12:
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (ayat 10)
“Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu.” (ayat 11)
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir did alamnya” (ayat 12)
Dalam ceramah tersebut, ustaz juga ada terangkan yang Imam Ibnu Katsir pernah berkata sekiranya manusia menjadikan istighfar dan taubat itu sebagai amalan hidup mereka, maka mereka akan mendapati dari pihak Allah, Allah akan menjaga urusan kehidupan mereka.
Allah taala akan mudahkan segala urusan hidupnya serta Allah pelihara urusan yang sedang mereka lalui. Diceritakan sesiapa yang dalam kemiskinan, negeri kemarau, tiada anak yang datang menemui Hassan Al Basri, beliau sentiasa menyuruh supaya mereka beristighfar seperti mana janji Allah dalam surah Nuh.
Yea, saya rasai sendiri nikmatnya apabila kita beristighfar. Bila mulut suka lantunkan “astaghfirullahalazim”, hati terasa tenang. Walaupun kadang-kadang ada masalah, namun alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.
Rezeki dari Dia sentiasa ada. Bila keluar makan, ada je yang nak belanja.
Hari jumaat lepas, saya buka facebook dan tengok nama saya ada dalam senarai untuk terima duit biasiswa bagi tahun 2015 yang sebelum ni tergendala. Alhamdulillah, rezeki sentiasa melimpah.
Hari ini, pagi-pagi lagi dah ada seorang makcik datang minta tolong isikan borang untuk pengeluaran duit di bank sebelah.
Hanya isi nama, jumlah wang dan no ic jea. Tiba-tiba dia datang balik dan hulur kan duit untuk saya. Makcik beria-ria hulurkan duit tersebut walaupun saya menolak.
Masa tu juga, ada seorang makcik datang hulurkan makanan, dia cakap nak bagi makanan kat saya. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Rezeki sentiasa datang dalam keadaan yang tidak dijangka-jangka.
Sesungguhnya istighfar itu menghapuskan dosa dan dipermudahkan rezeki. Jom kita sama-sama beristighfar dan semoga Allah ampunkan dosa kita semua. Saya doakan semoga Allah ampunkan dosa, permurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan awak, mereka dan saya sendiri ameen.
Semoga dengan kisah yang diceritakan di atas akan membuatkan pembaca semua berasa teruja untuk sentiasa beristighfar, kerana banyak ganjarannya.