Mengejutkan!! Madinah Gempa Bumi,Dajjal Telah Keluar Dari Tempat Persembunyian?

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Baru-baru ini pada 16 Januari 2018 telah berlaku satu gegaran gempa bum 2.5 skala ricter di Madinah  Gegaran gempa bumi tersebut adalah kecil dan hanya didalam perut bumi. Walaupun begitu terdapat sesuatu yang menjadi kerisauan terhadapa sebilangan umat Islam yang berpegang kepada hadis Rasulullah SAW tentang tanda-tanda kiamat besar. Madinah adalah kota suci umat Islam yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tanah arab biasa mengalami gegaran-gegaran gempa bumi kecil,tetapi di Madinah kali terahir mengalami gempa bumi adalah di zaman Saidina Umar. Ketika berlaku gempa bumi,saidina Umar telah bertanya kepada penduduk Madinah, “apakah yang kalian lakukan sehingga Allah mendatangkan gempa bumi di Madinah”.

Menurut laporan daripada Berita Harian jurutera Persatuan Geologi Arab Saudi, Hani Zahran, berkata pusat gempa direkodkan di 14 kilometer dari barat daya Madinah pada kedalaman 7 kilometer.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Kolonel Khalid Al-Johani, berkata pihaknya menerima laporan gegaran di kawasan kediaman di barat Madinah jam 3 petang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Perlindungan Alam Sekitar dan Meteorologi, Tariq Aba Al-Khail berkata, gegaran itu sangat lemah dan tidak berbahaya, sekali gus tidak mendatangkan sebarang kerosakan.

“Gegaran kecil seperti ini adalah perkara biasa di Arab Saudi,” katanya.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Brigedier Jeneral Abdulrahman Al-Harbi turut mengarahkan pakar pertahanan awam dan Jabatan Kajian Geologi Arab Saudi untuk mengeluarkan laporan berkaitan.

Sementara itu, di media sosial,gempa bumi yang melanda kota suci di Arab Saudi ini dianggap sebagai peringatan dari Allah SWT kepada kaum muslim.

Seperti yang dituliskan facebook Fadillah Matsurika Abbas yang berkongsi tautan khabar gempa di Madinah. “Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah.

Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir (di luar Madinah).

Lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah akan mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik (dari Makkah–Madinah).” (HR. Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943).

Nabi Muhammad SAW bersabda, salah satu indikasi akan keluarnya Ad-Dajjal atau petunjuk Kiamat, jika kebanyakan manusia menjadi tak peduli dengan perkara fitnah Ad-Dajjal tersebut.

Dan, bahkan para Ulama meninggalkan kewajibannya untuk memperingatkan kaum Muslimin akan dahsyatnya fitnah Ad-Dajjal dari atas mimbar dakwah.

Hanya sebahagian ulama yang memberi peringatan tentang fitnah Dajjal itu. Padahal di setiap akhir tahiyyat akhir kita disunahkan untuk berdoa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal. Nampaknya, keadaan umat Islam saat ini terlena mengejar cinta dunia dan lupa tentang hari Kiamat.

“Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ad-Dajjal tidak akan keluar sampai manusia menjadi hairan dengan perkaranya (Ad-Dajjal) dan sampai para Mubaligh di atas mimbar-mimbar tidak memperingatkannya (soal Ad-Dajjal).” (HR Ahmad – Shahih).

Jika dilihat disekeliling kita perkara ini benar sudah terjadi. Masyarakat terutamanya di media sosial sering mengambil mudah tentang peringatan-peringatan yang dilakukan oleh sebahagian Ustaz menerusi ceramah mereka di Facebook. Lebih menyedihkan terdapat sebahagian masyarakat yang berani mencaci  serta menghina ustaz yang menyampaikan peringatan tentang kiamat dan dajjal sebagai menyampaikan ajaran sesat atau memesongkan akidah. Walhal mereka yang mencaci para ustaz tersebut jelas kelihatan cetek ilmu dan dangkal.

Sementara akun Shaqeizha Hasan menuliskan, “SubhanALLAH….kota madinah di landa gempa bumi. Semoga ALLAH lindungi umat islam keseluruhannya dari fitnah hidup fitnah mati…, fitnah al masihid dajjal. In Shaa ALLAH. Aamiin”.

Berikut adalah ceramah daripada Ustaz Fadil Kamaruddin susulan berlaku peristiwa gegaran gempa bumi di Madinah.


Ditulis oleh: Suaramedia.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *