Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebuah perkahwinan yang dibina sudah pasti mempunyai banyak onak dan durinya dan setiap pasangan akan diuji berdasarkan kemampuan mereka sendiri.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kisah yang menyayat hati ini berlaku kepada satu pasangan di mana saat-saat bahagia dalam perkahwinan mereka diuji dengan kedatangan orang ketiga.
Sudahlah berniat mahu merampas, di hasut pula si suami untuk menceraikan isterinya agar dia dapat memiliki lelaki itu.
Entah di mana kewarasan fikiran wanita ini yang tergamak mengkhianati hati dan perasaan sesama wanita.
Berikut adalah luahan hati si isteri yang menceritakan kisah sedih yang dialaminya ini ke laman Kisah Rumah Tangga.
Luahannya ringkas sahaja, tetapi ramai netizen yang mengecam tindakannya menghasut lelaki berkenaan.
Apatah lagi apabila dia mengakui bahawa dirinya sudah mengandungkan anak daripada lelaki terbabit.
“Hi KRT (kisah rumah tangga). Saya dah mengandung anak bakal suami dan kami merancang nak bernikah je minggu depan.”
“Apa yang menjadi masalahnya ialah, isteri bakal suami tidak boleh terima sedangkan dia mandul dan bakal suami pula nak anak.”
“Salah ke saya suruh bakal suami ceraikan dia saja sebab dia dah berdosa tak dapat berikan suaminya anak?” tulisnya.
Menyirap darah pengguna laman sosial berkenaan apabila membaca luahan hatinya itu.
Namun berdasarkan komen yang ditulis, tindakan wanita itu dikatakan tidak salah, malah menyifatkannya sebagai satu tindakan yang bagus.
“Tak salah langsung. Bagus tindakan awak itu, suruh bakal suami awak menceraikan isteri dia sebab bakal suami awak itu tidak layak untuk isteri dia.”
“Dia hanya layak untuk awak sahaja sebab sama-sama syaitonnn nirojim. Sekurang-kurangnya bila isteri dia diceraikan, Allah akan turunkan lelaki yang jauh lebih baik untuk dia.”
“Pada masa itu kelak, nak tengok bakal suami awak itu tinggalkan awak atau tak. Ini sekadar pendapat sayalah kan. Goodluck perampas!” – Cik Wawa
“Eh, jangan cakap besar kak. Sedap saja suruh cerai. Ingat kirafah itu ada, kak. Mengandung benih yang tidak sah, bangga sangat. Kang kena batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah.
“Suka suki saja kata isteri bakal suami berdosa ye. Yang perbuatan korang berzina itu tidak berdosa ke? Buat anak sebelum kahwin itu tak berdosa ke? Bodoh jangan dipelihara sangat kak, nanti anak pun terikut bodoh seperti ibunya.” – Syen Joe
Dalam pada masa yang sama, Rosezannah pula mendoakan agar isteri lelaki terbabit dikurniakan cahaya mata dengan segera supaya si suami dapat memutuskan hubungannya dengan kekasih gelapnya itu.
“Saya doakan, tidak lama lagi isteri kepada bakal suami awak itu mengandung. Dan dia akan sayangkan isteri dia sepenuh hati sebab hasil anak halal dengan isteri yang sah. Awak jagalah anak awak itu seorang diri,” katanya.
Perkara ini perlu lah dijadikan iktibar dan pedoman serta ingatan supaya hal yang sama tidak akan berulang lagi.
Ingatlah !! Jangan sesekali menjadi perosak kepada kebahagiaan orang lain kerana dikhuatiri perkara yang sama akan berlaku kembali.
Seharus nya sebagai seorang wanita mereka perlulah memahami perasaan yang dialami wanita lain bukannya dengan mengambil kesempatan dan menghancurkan kehidupan mereka yang telah dibina bertahun lama nya. Sumber: Kisah Rumah Tangga,
Sumber: jom share