Boyfriend Jenis TAK SOLAT. Tapi Saya Kahwin Juga Dengan Dia. Sebab Ada “SURPRISE” Untuk Dia..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nama sy Diana. Sy jatuh cinta dengan bf ni sbb dia tampak matang dari kawan2 lelaki sebaya sy yg lain. Ketika 1st date kami, kantoi rupa2nya dia mmg jenis lelaki yg x solat. Sy amat marah. Tapi sy kahwin gak dgn dia, sebab ada “surprise” untuk dia nanti…….?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Boyfriend Jenis TAK SOLAT. Tapi Saya Kahwin Juga Dengan Dia. Sebab Ada “SURPRISE” Untuk Dia.. | Khalifah Mail Online – Bukan saja lelaki kena pilih calon sesuai untuk dijadikan isteri. Orang perempuan pun kena memilih juga bakal suami nanti. Pilih lah yang beragama, kaya dan hensem tu bonus lah. Dengan agama baru boleh suami itu bimbing isteri kan. Mari baca kisah selanjutnya macam mana isteri ni buat sampai suami nya cair dan berlembut hati.

KANTOI TAU DIA TAK SOLAT MASA 1st TIME DATING
Nama saya Diana. Saya nak kongsi yang ramai isteri post tentang suami diorang tak solat/malas solat. Tak kurang juga suami saya. Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda.. saya masih di university, manakala suami pula terus kerja lepas SPM. Kenal melalui satu event. Suami nampak matang dari umurnya.

Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya. First time keluar dengan suami, kami pergi Pavilion. Masa tu.. kebetulan saya uzur. Dah pukul 3 lebih, saya tanya suami, awak tak gi zohor ke? Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat. Or hanya solat kadang2. Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia.

Siapa lah saya nak menghakimi dia kan, saya pun manus
ia biasa. Sejak dari tu saya tak putus hantar sms, (time tu takda whatsapp lagi) call dia bila hari jumaat. Bayangkan lah, solat jumaat pun kadang2 saya yang gerak dia bangun. Berkali kali call, baru bangun.

MEMANG KELUARGA DIA SEMUA JENIS TAK SOLAT
Lepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, yang bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama. Keluarga dia memang tak menitik berat kan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena sebat. Tak kira lah lelaki ke perempuan.

Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin belah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu gitu je.. mak abah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham. Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu. Tapi adik beradik lain, anak anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je.

Sedih saya masa tu. Paling benci orang abaikan solat. Saya tegur suami, dia cakap, family saya memang suka enjoy akhir2 nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat dia diam..

TAPI SAYA KAHWIN JUGA DENGAN DIA
Alhamdulillah 4 tahun kemudian kenal hati budi, saya bertunang dan kahwin juga dengan dia.. Ada “surprise” untuk dia. Yang sebenarnya beberapa plan untuk bagi dia tak liat solat. Tapi alhamdulillah, sebelum rancangan bermula, solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid. Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu.

Adakalanya masa otw balik kerja, dalam kereta dia cakap, hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah sejuk hati..Tapi, ada masa dia sangat2 malas nak solat, terutamanya solat isya. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tido sebelum solat. And dia cakap nak bangun pukul 3/4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun.

Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergaduh, sampai dia maki and tinggi suara. Paling sedih bila dia cakap kubur kita lain lain, yang awak nak sibuk kenapa hrmmmm..

Kadang saya rasa, faktor kawan sangat2 mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh. Jadi nak tanya, saya buat “surprise” untuk dia.

TUNGGU SUAMI ATAS SEJADAH UNTUK SOLAT BERSAMA
Jadi saya selalu ajak dia solat isya jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara “surprise” ni berkesan. Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni dah. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangun lah. Kalau tak nak terpulang.

Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi. Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi?

Saya juga selalu ingatkan, penat2 kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua takda. Dia diam je..

Saya harap, isteri2 diluar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu..

Janganlah perli or kondem or paksa dia. Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia.. kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia. Baru baru ni, suami tanya dekat saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum.. Sungguh Allah tu dengar apa yang kita doakan.. inshaAllah. Wallahualam.

Sumber : BaitulJannah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *