Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kisahnya macam ni. Ni pengalaman Abe sendiri, Abe alaminya. Abe adalah ke Shopping Complex KB Mall untuk beli barang. Yelah, majlis pun semakin dekat, so, beli barang lah. Masa tu Abe sampai dalam jam 3.30 ptg. Masa tu jgk, Abe belum solat Zohor lagi, al maklumlah perjalanan jauh dr Putrajaya Ke Kota Bharu. Jadi, 1st step yg Abe buat, Abe carilah Surau. Dekat KB Mall, korang jgn bimbang, suraunya banyak, Alhamdulillah.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Masa Abe OTW menghala ke surau, tetiba Abe terpana bila Abe lihat 2 orang BUDAK PUNK (sorang baju biru & sorang baju kuning) siap dengan pakaian & rambut tercacak juga menghala ke laluan yang sama.Mmg rock abis Abe tengok.
Awalnnya Abe pikir, mungkin budak2 ni silap lokasi kot. Xpe, Abe teruskan langkah lagi. Korang nak tahu tak, bila betul2 sampai di depan pintu surau, Abe jadi kaku, tak tahu sebab kenapa Abe terKAKU. Seriously, Abe saksikan budak2 PUNK tu sedang tanggalkan kasut bootnya, pastu dia tanggalkan stoking. Setiap sorang budak PUNK tu menyandang beg galas. Abe perhatikan lagi, dan perhati dan terus perhatikan mereka.
Mungkin dorang terperasan kot Abe sedang tengok mereka, dorang toleh pada Abe dan dorang angkat tangan serta bagi salam. Abe jawab je salam mereka. Lepas tu, dorang terus menghala ke tempat amik air wuduk. Abe ternganga, percaya dalam tak percaya. Pertama sekali, Abe tengok dibasuhnya kepala dan jambul masing2 sampai dah tak tercacak lagi. Bila dah bersih sempurna, dorang mula berwuduk. ABE KAGUM, YA ALLAH! ABE SANGAT KAGUM & HAMPIR TAK PERCAYA.
Abe sampai duk asyik perhatikan dorang saja tanpa berganjak pun dr tempat duduk bangku Abe tanggalkan kasut. Lepas tu, Abe tengok sesuatu YANG MEMBUATKAN Abe ucap ALHAMDULILLAH. Rupanya dalam beg sandang budak tu masing2, ada kain pelikat & kopiah. Ya Allah, tersentuh hati Abe. Dorang kemudiannya Abe lihat sedang salin pakaian dan kenakan kain pelikat serta pakai kopiah. Yang lagi membuatkan Abe terkejut & terus Abe bangun dari tempat duduk Abe bilamana salah seorang dari budak PUNK tu menyapa Abe dan cakap dalam loghat kelate “Abe, marilah semaye skali ngn kami, insyaAllah kami tunggu. Kito semaye samo2″. Terus Abe amik wuduk. Bila siap berwuduk, Abe terus masuk surau. YA ALLAH, satu lagi benda yang Abe lihat yang buat Abe macam nak nangis je. Mungkin sb terlalu kagum kot, huhuhuhu.
Anda mungkin meminati
- Gadis penuntut Kolej ditemui mati duduk dalam longkang
- Patut Lah Anak Perempuan Jiran Aku Selalu Datang Rumah
- Jahanam Punya Anak
Abe lihat satu saf lebih kurang 8orang telah dibentuk dan seseorang telah iqamat. Korang nak tahu tak, yang sedang iqamat tu, budak PUNK yang pakai baju kuning manakala yang bersedia untuk jadi Imam pulak budak PUNK yang pakai baju hijau tadi.
Kami pun solat sesama. Alhamdulillah, siap solat berjemaah. Lepas masing2 bersalaman, kami pun masing2 keluar. Mata Abe masih asyik lagi pandang budak2 tadi. Dorang perasan Abe sedang tengok dorang, dorang senyum je kat Abe. Abe tengok dorang sedang bersiap semula pakai pakaian masing2 macam tadi. Dikeluarkan WAX rambut dr beg galas, pastu siap cacakkan rambut, dorang mula bercelak semula.
Tetiba tergerak hati Abe nak buka mulut berkata. Kata2 yang keluar dari mulut Abe cuma pertanyaan pada salah sorang budak tu “Adik orang mana? Asal kelate ke? “. Dorang jawab “Ye Bea, kami asal Kubang Kerian (salah satu nama tempat kat sini). Bakpo bea? Dorang pulak tanya Abe?”
Abe jawab “takdop gapo2, Abe cuma banggo je. Tak sangko”.
Dorang senyum je dan jawab “THIS IS KELANTAN, Tok Guru bagi ilmu yang cukup InsyaAllah pada semua rakyat kelate”
MASYAALLAH!! Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk Ini Sangat Menginsafkan – THIS IS KELANTAN
Kami bersalaman dan dorang terus beredar. Dalam xsedar, airmata Abe terMENGALIR sebab kagum dengan aturanMu Ya Allah. Pengajaran daripada KISAH BENAR PENGALAMAN ABE NI, Don’t Judge A Book By Its Cover. Maknanya, jangan cepat menilaikan orang & berperasangka baik sebelum mengenali seseorang…
Alhamdulillah… Allahuakbar !! Berkat Negeri Ditadbir Ulamak… Damailah Dikau Disana Wahai Guruku… IlmuMu Akan Terus Hidup Dibumi Allah Ini… Al-Fatihah….
Ikhlas Abe nak cakap kat sini, Abe sangat kagum dengan 2 orang BUDAK PUNK yang Abe jumpa ni. Subhanallah, berkat rahmatmu YA ALLAH menganugerahkan PEMIMPIN YANG MEMPERAKTIKKAN ISLAM DALAM PENTADBIRANNYA DI KELANTAN NI. Bersyukur padaMu Ya Allah.
Benarlah kata pepatah jangan sesekali menilai seseorang itu hanya dari luaran! Mungkin kita tengok seseorang tu teruk dari luaran namun dalam hatinya MASYAALLAH siapa sangka.
Kisah ini pernah dikongsikan menerusi laman Facebook menceritakan pengalaman seorang pemuda yang telah berkunjung ke sebuah surau bagi menunaikan solat namun telah berlaku sesuatu yang tidak dijangka semasa beliau dalam perjalanan menuju ke surau tersebut. Ianya akan mengingatkan kita untuk tidak prasangka buruk terhadap seseorang melalui penampilan!
Sumber:mediapenmerah.com via eraviral