Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Nama aku Ahmad. Walau gaji kecil, aku tak pernah lupa bagi isteri RM1k setiap bulan. Orang kata aku gile. Hidup memang susah. Tapi lepas 3 tahun tak sangka “ini” balasannya. Allahu.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Walau Susah. Tak Lupa Bagi RM1k Tiap Bulan Kat Isteri. Lepas 3 Tahun Tak Sangka Ini BALASANNYA | Bicara Islam – Nama Ahmad. Walau gaji kecil, aku tak pernah lupa bagi isteri RM1k setiap bulan. Hidup memang susah. Tapi lepas 3 tahun tak sangka “ini” balasannya. Allahu.
KONSISTEN BAGI RM1,000 SEBULAN KAT ISTERI
Pesan umi sebelum berkahwin, kalau nak murah rezeki berbuat baiklah pada isteri, pesanan ini yang terpahat di dalam hati sampai sekarang. Kadang-kadang rasa betul juga apa yang umi pesan ini.
Teringat mula-mula kahwin tu tak lah hidup senang pun, yelah masing-masing tengah final year, setakat kerja biasa dapat gaji ciput je tapi ya Allah entah dari mana datangnya rezeki, tak pernah kebulur dan tak pernah rasa tak cukup. Rupanya rahsia murah rezeki dengan cara berbuat baik pada ibubapa dan isteri bukan mitos tetapi anugerah Tuhan yang maha pemurah.
Masa mula dapat gaji tu, entah macam mana lah boleh terdetik dalam hati nak bagi kat isteri yang tengah pulun final year di oversea so sy pun bank in lah RM1000, padahal masa tu dah berkira-kira nak simpan untuk persediaan dapat baby dan kegunaan waktu kecemasan.
Baki duit yang saya ada setiap bulan RM400, tapi bulan seterusnya saya tetap bagi lagi jumlah yang sama, sampai lah dia dan saya konvo, kalau fikir logik bagi banyak kat isteri kang sy pulak yg tak cukup, tapi logik akal kadangkala tak mampu mengatasi kekayaan dan kebesaran tuhan, ada je rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka datang, orang menyumbang secara peribadi disebabkan kerja part time yg sy buat. Jadi tak ada rasa risau pun duit sewa rumah, kos transport, kos fyp, makan dan minum.
SUAMI ISTERI DAPAT KERJA “WOW”
Alhamdulilah dapat pointer first class dan fast track, urusan study sy berjalan dengan lancar, nak pendekkan cerita, isteri saya dapat tawaran bekerja di hospital, saya pula dapat tawaran kerja di sebuah syarikat glc, kalau nak dibandingkan kawan-kawan lain dah lama duk tanam anggur kat rumah, kat situlah bermula rezeki saya mencurah-curah. Kemudian tak lama saya di naikkan pangkat, gaji pun bertambah, Alhamdulillah.
Tak semestinya buat baik pada isteri bagi duit, berbuat baik membantu isteri di dapur, membantu isteri menjemur kain, memberi pujian kepada isteri atau manis mulut dengan isteri, tak sakitkan hati isteri, Banyak kerja yang Nabi buat sendiri tanpa mengharapkan bantuan isteri. Nabi adalah orang yang paling baik dengan isteri-isterinya.
SUAMI ZAMAN SEKARANG
Tapi segelintir suami zaman abad ini pelik sikit perangai, dah lah tak nak buat sendiri di herdiknya isteri suruh beli rokok kat kedai (tanpa rasa bersalah dan malu). Apa nak jadi segelintir suami zaman skrg ni.
Mungkin meminati ini
- Tanda-Tanda Kanser Ovari, Kesanlah Penyakit PEMBUNUH SENYAP Ini Sebelum Terlambat!
- Patut Lah Anak Perempuan Jiran Aku Selalu Datang Rumah
Dah lah semua kerja dalam rumah isteri yang buat, nafkah perbelanjaan berkira nak bagi, yang buat isteri macam pengemis pun ada, sedih betul, lepas tu macam mana rezeki nak bertambah kalau kita menzalimi hak isteri dan tak ubah sikap buruk kita.
Kadang-kadang usaha kita ini tak seberapa tapi doa ibu dan isteri kita luar biasa pagi, siang, malam berdoa untuk kita. Mereka menahan sakit beranak dan lahirkan kita. Mana tahu kesenangan kita pada hari ini datang dari mustajab doa mereka.
HAKIKAT REZEKI SEBENAR
Yakinlah makin banyak suami berbuat baik kat isteri lagi banyak suami dapat, belum pernah ada lagi dalam sejarah tamadun manusia atau masuk berita tajuk besar ‘suami muflis disebabkan suami bagi semua hartanya pada isteri’, kalau nak jadi orang pertama cubalah. Bak kata UAI kerja lelaki cari duit, kerja isteri habiskan duit.
Jika asyik menyimpan sampai tahap kedekut bukan boleh bawa masuk kubur pun duit tu. Nak kedekut dengan isteri sendiri apa yang dapat, kadang-kadang terlalu cermat sampai tahap kedekut pun tak boleh, nanti tuhan tarik nikmat, kereta rosak lah, selalu dapat penyakitlah, akan ada je kerugian yang menimpa.
Rezeki tak semestinya duit jatuh dari langit, kesihatan yang berpanjangan pun rezeki, naik pangkat pun rezeki, anak cerdik pun rezeki, isteri awet muda pun rezeki, bebas hutang pun rezeki, anak sihat pun rezeki, dapat tawaran kerja cepat pun rezeki, rajin beribadah pun rezeki, isteri solehah penyejuk mata pun rezeki, ketenangan jiwa ditempat kerja pun rezeki, tidur lena pun rezeki, dipermudahkan urusan harian pun rezeki, rasa cukup dengan apa yang ada tu lagi rezeki!
Mungkin situasi sosio eknomi dan kehidupan kita berbeza, namun belum terlambat untuk mencuba dan seterusnya konsisten kerana Allah, kerana Tuhan sangatlah maha pemurah, kata kuncinya banyakkn bersedekah dan sebaik sedekah ialah mencukupi hak parents, dan hak bawah jagaan (nafkah isteri & anak).
Oleh itu, para suami yang budiman lagi dikasihi sekalian banyaklah memberi dan teruskan berbuat baik pada isteri, ihsan yg Allah campakkan dihati, pasti anakmu akan berbuat baik padamu dihari tua. Kalau tak percaya acu cuba try test! Selamat beramal!
Sumber: Bicara Islam via IIUM