Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Keutamaan solat tahajud tak hanya membuat pelakunya mendapatkan kedudukan terpuji (maqaman mahmuda) di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun ada pula keistimewaan yang akan diberikan Allah istimewa kepada suami isteri yang kedua-duanya bertahajud.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Apa saja keutamaan untuk pakej suami isteri yang membiasakan solat tahajud?
1. Mereka berdua dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang
Setiap suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan. Keluarga yang sakinah membuat seorang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah kerana berdakwah, ia menjadi tenang serta masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.
Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Sebab merasa isterinya cantik dan suaminya kacak, hasrat cinta pun menyatukan kedua-duanya. Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologi dan mengubah syahwat menjadi berpahala. Mawaddah umumnya dominan pada usia perkahwinan muda. Apabila telah menjadi datuk nenek, mawaddah tak lagi dominan.
Lalu mengapa suami isteri tetap harmoni walaupun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fizikal sama sekali. Kerana akhlak, kerana watak, kerana cinta itu sendiri.
Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmat-Nya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فصلت فإن أبت رش فى وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فصلى فإن أبى رشت فى وجهه الماء
Dengan keistimewaan seperti ini, maukah kita berusaha membiasakannya? [Muchlisin BK/WebMuslimah]
Sekian Terima Kasih..Share Jika Bermafaat Untuk Anda Semua.