MashaAllah! Kelebihan Surah Al Ikhlas Yang Kita Tidak Tahu

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

sumber:islam itu indah

.

Sebenarnya Dengan Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu, Kita Mengubati Diri Kita Sendiri

Bismillahhirohmanirrohiim.
1. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).

2. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).

3. Qul huwa Allahu ahad (un), Allahu alshshamad (u), lam yalid walam yuulad (u), walam yakullahu kufuwan ahad (un).

MasyaAllah, jika tidak ada perbezaan di dlm 3 bacaan surah Al-Ikhlas ini bererti orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama dgn memperoleh ganjaran / seperti membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Satu kali baca surah Al-Iklas sma dgn 10 juz, sedangkan membaca tiga kali surah Al-Iklas sma dgn 30 juz jdi ukhti wa akhi tdi sudh baca 3x surah Al-Iklas sma dgn mendapat pahala seperti membaca satu Al-Qur’an, masyaAllah Alhmdulilllah.

● Sesiapa yangmembaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya. “(Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy).

● Penawar Penyakit
Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3x selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

● Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggaldunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia darikesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap merekamelintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

● Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siangdan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.).

sumber : islamituindah

Kalau Bermanfaat Bantu Share Ya !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *