Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Masya Allah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini.
Inilah buktinya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.
Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
Untuk dipermudahkan hafazan:
Ayat 128 :
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Arti Ayat 128 :
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Ayat 129 :
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Arti Ayat 129 :
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Silakan SHARE, semoga bermanfaat…
Sumber: islamituindah
Golongan Manusia Yang Sentiasa Didoakan Malaikat
Percaya kepada Malaikat adalaha antara rukun iman. Ada Malaikat ditugaskan bedoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat akan mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani bagi menghadapi ujian yang kian mencabar, ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan.
Beruntunglah kiranya jika kita termasuk ke dalam golongan mereka yang sentiasa di doakan malaikat.
Orang yang tidur dalam keadaan suci
Rasulullah SaW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan Malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, kasihilah dia”.
Orang yang berada di saf depan ketika solat berjemaah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf hadapan.”
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf”.
Orang yang mengucapkan ‘Amiin’ ketika Imam selesai membaca Al-Fatihah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika seorang Imam membaca (ayat terakhir Al-Fatihah sehinggalah selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya bertepatan dengan ucapan Malaikat, akan diampuni dosanya yang lalu”.
Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan Malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan Malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan Malaikat yang bertugas pada waktu malam tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimanakah kalian meninggalkan hamba-hamba-Ku?” Mereka menjawab: “Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat”.
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakan adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin’ dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan”.
Orang yang membelanjakan harta (Infak)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat turun kepadanya. Satu antara kedua-duanya berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang berinfak..”
Baca juga Kenapa Orang Meninggal Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dikembalikan Ke Dunia?
Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur”.
Orang yang sedang melawat orang sakit
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 Malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh”.