“Ibarat Kalau Boleh Bumi Tu Merekah, Telanlah Kak Uji. Malu Sangat,”- Reaksi Uji Rashid Bila Berdepan Dengan Sindiran Netizen

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bintang veteran, Uji Rashid mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila mengalunkan salah sebuah lagu popularnya, menerusi program rakaman khas di RTM, Dimensi Legenda Raya 2018 yang disiarkan pada Syawal nanti di Angkasapuri, baru-baru ini.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Katanya kepada MH, sebolehnya dia cuba menyembunyikan rasa sedih dengan melirik senyuman kepada sesiapa sahaja. Bagaimanapun, perasaan sedih itu tiba-tiba datang setelah dipendam sejak sekian lama.

“Bagi saya, kita tidak perlu buat orang menangis. Kita patut buat orang ketawa. Namun perasaan sebak itu datang secara tiba-tiba, mungkin sebab sudah pendam sejak sekian lama,” luah Uji yang menyifatkan pengalaman lalu menjadikan dirinya kuat bagi meneruskan kelangsungan hidup, meski baru-baru ini dihimpit dengan kisah hangat melibatkan isu kegagalan membayar rumah sewa, hingga diarahkan keluar.

“Sudah banyak pengalaman yang saya tempuh. Kalau esok saya jatuh, hari seterusnya saya kena bangun kembali. demi cucu dan anak yang tidak mampu itu. Cuma saya ingin tegaskan di sini, Cico tidak bisu dan bukan buta huruf. Saya geram bila cerita sedemikian timbul.

“Secara fizikalnya, dia okay. Ada rakan media yang melihatnya sejak dulu sehingga kini. Memang dulu dia susah untuk bercakap tetapi sekarang ada perkembagan. Dia macam budak-budak yang baru belajar. Dulu langsung tidak boleh. Racun itu beri kesan terhadap otak dan vokalnya,” kongsinya jujur kepada MH.

Ditanya mengapa dia mengharapkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang yang dipohonnya baru-baru ini, penyanyi popular sekitar 70 dan 80-an ini mengakui usianya yang kian meningkat menjadi faktor utama, selain soal kebajikan anak dan cucunya.

“Umur saya sudah berapa. Kalau saya tiada suatu hari nanti, siapa yang akan jaga mereka. Memang semuanya Tuhan punya kuasa, tetapi saya sebagai umatNya perlu melakukan sesuatu. Sebab itulah saya tak kisah untuk membuat pemohonan. Memang kena muka tebal sebab ada juga yang sindir, katanya artis pun minat rumah ke?” akui Uji.

“Umur saya sudah berapa. Kalau saya tiada suatu hari nanti, siapa yang akan jaga mereka. Memang semuanya Tuhan punya kuasa, tetapi saya sebagai umatNya perlu melakukan sesuatu. Sebab itulah saya tak kisah untuk membuat pemohonan. Memang kena muka tebal sebab ada juga yang sindir, katanya artis pun minat rumah ke?” akui Uji.

“Saya pernah popular suatu masa lalu tapi saya tidak sedih. Tapi sekarang, saya berdepan dengan sisi popular lain yang mana saya tak tak. Saya pernah beritahu pengurus iaitu Kit Rushuhaimin. Ibarat kalau boleh bumi tu merekah, telahlah Kak Uji. Malu sangat. Kita pernah berada di satu kedudukan sebelum ini atas kerja keras kita, tiba-tiba jadi begini, tidak mengapalah…,” akhiri Uji.

Terdahulu, Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al-Rashid, turut sinonim menerusi rangkaian lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave. Sementara lakonannya seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin turut dikenang sebagai antara karya terbaik bintang berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *