Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Semakin ramai dijangka akan ditimpa penyakit kanser khususnya bila menjangkau umur 50an ke atas. Dianggarkan satu dari 4 orang akan dilanda ketumbuhan kanser. Jenis yang biasa dalam kalangan orang lelaki ialah kanser paru-paru, kilang prostat dan usus. Manakala dalam kalangan wanita ialah kanser payudara, pangkal rahim, rahim dan ovari. Walau demikian mana-mana organ dan anggota tubuh badan boleh dilanda ketumbuhan kaser.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Saya ingin mengingatkan mereka yang ada sejarah dalam ahli keluarga pernah mengidap penyakit kanser, sama ada ibu, bapa, adik beradik atau datuk dan nenek, BERWASPADA sentiasa agar mengurangkan pendedahan terhadap faktor-faktor, ejen-ejen dan unsur-unsur yang boleh mencetuskan pertumbuhan kanser.
CEGAH KANSER PERANAKAN
- Pencegahan adalah penting.
- Kesan tumbuhan kanser pada peringkat awal sangat penting. Jangan pandang atau anggap remeh sesuatu tanda atau gejala penyakit.
- Rawatan doktor sangat penting seperti bedah, radiotherapy dan chemotherapy khususnya jika kanser masih pada peringkat awal dan masih boleh dirawat/treatable. Penting diketahui, rawatan chemo dan radiation yang berlebihan boleh menimbulkan mudarat kerana ia membunuh banyak sel normal.
- Selepas rawatan asas, sangat penting untuk tingkatkan tahap kesihatan dan ketahanan/imuniti badan dengan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Makan suplemen terdiri daripada multivitamin, lebihkan Vit C 1-2 GM sehari) dan Vit E (400-800 IU). Minum jus segar buatan sendiri daripada berbagai buah-buahan dan sayuran. Terbaik jus daripada apel hijau 2 biji, lobak 2 buah, dan saderi (celery) 2 batang.
- Rawatan alternatif. Sangat banyak kaedah dan cara rawatan untuk pilihan masing-masing boleh dicari di Internet
Juz ramuan antikanser
- Beetroot 55%
- Carrots 20%
- Celery 20%
- Keledek merah 3%
- Lobak 2%.
Campurkan semua. Masukkan dalam blender sampai lumat dan jadi juz.
Minum dua kali setiap hari.
Tempoh rawatan 42 hari.
Ramuan utama iaitu beet root berwarna purple biasanya diimpot dan dijual dipasar raya. Ia mengandungi banyak vitamin, logam dan antioxidants. Kandungan amino asid betaine dikatakan bolih membunuh sel2 kanser.
Dua jenis buah yang banyak dan mudah didapati di negara kita dan mungkin berkesan untuk membantu rawatan kanser ialah durian belanda/soursop dan buah manggis – isi dan kulitnya. Teh daun durian belanda juga dikatakan membantu pengidap kanser.
Air serai dan kunyit juga mungkin membantu. Air serai mengandungi bahan ‘citral’ yang bertindak menyebabkan sel-sel kanser bunuh diri. Bahan curcumin dalam kunyit juga ada kesan antikanser.
B17 yang terkandung dalam biji aprikot juga memiliki kesan antikanser. Sedia maklum B17 juga terdapat pada ubi kayu dan daun pucuk ubi. Sebelum dimakan ia perlu direbus terlebih dahulu. Ada beberapa laporan tentang pengidap kanser yang makan ubi rebus setiap hari pulih daripada kanser.
Strategi untuk Cegah dan Kawal Ketumbuhan Kanser
- Elakkan makanan yang diproses, diawet dan yang diubah genetik / GMO..
- Makan lebih (50-70% daripada sajian makanan harian) bahan makanan yang segar dan mentah – Sayur-sayuran, buah-buahan, ulam.
- Jauhkan fast food dan junk food. Makanan-makanan yang dipekej, yang terlalu banyak perisa dan pemanis. Jauhkan gula kerana ia membiakkan sel kanser. Kawal gula dan minuman – Coke, Pepsi, Sprite dan lain-lain
- Kurangkan daging lembu, kambing, ayam khususnya yang banyak lemak.
- Makan Coenzyme seperti Q10, daripada sumber-sumber seperti tapai, tempeh mentah dan jeruk.
- Lakukan senaman sederhana selama 30 minit sehari – berjalan kaki, jogging, kayuh basikal.
- Pil Vit D – atau sumber daripada cahaya matahari.
- Cukup tidur – 6-8 jam. Tidur awal. Elakkan menonton TV hingga larut malam.
- Kurangkan Stress. Ikuti panduan dalam laman sesawang ini.
- Amalkan senaman pernafasan/breathing exercise.
- Jauhkan segala jenis toksin di udara – semburan racun serangga dan pewangi, dalam makanan, dalam makeup, shampoo dan pewangi.
- Hidup riang gembira berkasih sayang dalam keluarga dan kepada semua insan.
Sumber:pelikdunia.com