INILAH 8 DOSA YANG BANYAK DILAKUKAN OLEH ISTERI PADA SUAMI TANPA SEDAR. NO 3 TU DAH JADI MACAM BENDA BIASA JE

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Inilah 8 Dosa Yang Banyak Dilakukan Oleh Isteri Pada Suami Tanpa Sedar. No 3 Tu Dah Jadi Macam Benda Biasa Je

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah hal biasa saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya.

Semoga 8 daftar dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita hindari agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah.

  1. Menafikan kebaikan suami

Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur.

Para sahabat bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah?

Rasul menjawab: (Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang suami dari kalian berbuat kebaikan kepada isterinya selama setahun, kemudian isterinya melihat sesuatu yang jelek pada diri suaminya, maka dia mengatakan, Aku tidak pernah melihat kebaikan pada dirimu sekalipun.

  1. Tidak menghormati keluarga suami

Seorang suami harus berlaku lembut pada isterinya, namun demikian isteri pun wajib bersikap lembut pada keluarga suami, terutama kedua orang tua suami. Jangan sampai isteri memonopoli suaminya sehingga ibu dan bapanya sendiri tak dapat mendapatkan hak mereka terhadap anak lelakinya.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah Saw, Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?

Rasulullah menjawab, Suaminya (apabila sudah menikah). Aisyah Ra bertanya lagi, Siapakah yang berhak terhadap seorang lelaki? Rasulullah menjawab, Ibunya (HR. Muslim)

Seorang sahabat, Jabir Ra menceritakan: Suatu hari datang seorang lelaki kepada Rasulullah Saw, dia berkata, Ya Rasulullah, saya memiliki harta dan anak, dan bagaimana jika bapa saya menginginkan (meminta) harta saya itu

Rasulullah menjawab, Kamu dan harta kamu adalah milik ayahmu. (HR. Ibnu Majah dan At- Thabrani).

  1. Keluar rumah tanpa izin suami

Termasuk berpergian jauh tanpa ditemani oleh mahramnya.

Seorang wanita tidak boleh berpergian kecuali bersama mahram.

Hadis di atas menyangkut semua bentuk safar. Wallahu alam. (Syarh Muslim: 9/103, dengan sedikit perubahan)

  1. Menolak ajakan suami berhubungan

Rasulullah saw bersabda: Apabila lelaki mengajak isterinya ke tempat tidurnya kemudian dia menolak untuk datang lalu lelaki itu tidur semalam dalam keadaan marah kepadanya, maka dia dilaknat oleh malaikat sehingga subuh. (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim).

  1. Berhias bukan untuk suami

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu (QS. Al-Ahzaab: 33)

  1. Mengungkit kebaikan dirinya terhadap suami

Tak kurang ramai isteri yang mengungkit-ungkit kebaikan atau darjat dirinya di hadapan suaminya sehingga menyakiti dan merendahkan suaminya, hal ini merupakan perkara yang amat besar dosanya.

Abu Dzar radhiyallahu Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka azab yang pedih.

Abu Dzar radhiyallahu anhu berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali. Lalu Abu Dzar bertanya, Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. [HR. Muslim]

  1. Membangkang terhadap suami (nusyuz)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata, Nusyuz adalah meninggalkan perintah suami, menentangnya dan membencinya (Tafsir Al Quran Al Azhim, 4: 24).

Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar (QS. An Nisa: 34).

8. Menggugat cerai tanpa alasan syari

Wanita mana saja yang meminta kepada suaminya untuk dicerai tanpa kondisi mendesak maka haram baginya bau syurga (HR Abu Dawud no 2226, At-Turmudzi 1187).

Astaghfirullah, semoga kita terhindar dari dosa-dosa tersebut.

Sumber: Kartel Dakwah

.

Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri

Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,

Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.

Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

Sumber: NasihatUstaz.my

Add Comment