ADAKAH ISTERI SUNAT MELAUNGKAN IQAMAH KETIKA SOLAT BERSAMA SUAMI? RAMAI TAK DAPAT NAK JAWAB, USTAZ INI ADA JAWAPANNYA

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

ADAKAH ISTERI SUNAT MELAUNGKAN IQAMAH KETIKA SOLAT BERSAMA SUAMI? RAMAI TAK DAPAT NAK JAWAB, USTAZ INI ADA JAWAPANNYA

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Soalan;

Assalamualaikum ustaz…sunat tak seorg isteri iqamah masa dia solat jemaah dgn suami dia di rumah mcm sunat bagi wanita iqamah kalau mereka solat sesama jemaah wanita? jawapan ustaz sy ucapkan ribuan terima kasih.

Jawapan;

Tidak disunatkan kepada isteri melaungkan iqamah, akan tetapi suamilah yang sunat melaungkannya. Wanita hanya disunatkan melaungkan iqamah jika ia mengerjakan solat sendirian atau sesama wanita (tanpa kehadiran lelaki). Adapun azan, tidak sunat wanita melaungkannya walaupun solat sesama wanita. Jadi, yang disunatkan hanya iqamah sahaja.

Rujukan;

  1. Al-Masu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 6/9.
  2. ‘Umdatu as-Salik, Ibnu an-Naqib, hlm. 38.
  3. Syarah Muqaddimah al-Khadhramiyah, 1/184.

.
DOA KESELAMATAN KELUARGA DARI DIROMPAK SERTA DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

DOA PAGAR KAWASAN RUMAH

Cara-caranya:

  1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.
  2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.
  3. Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.

Maksudnya:

8) Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9) Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

DOA KESELAMATAN DIJAUHKAN DARI PEROMPAK

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.

Maksudnya:

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim.” (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Wasallam.

Sumber: www.dakwahsantai.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *