Dosa Suami, Kesan Kepada Isteri Jua.. Nauzubillah..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Isterinya juga seorang yang bertaqwa.

Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.

Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut. Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya.

Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa yang berlaku, isterinya bertanya : “ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”

dosa suami isteri tanggung, kesan dosa suami kepada isteri, isteri terkesan dengan dosa suami, suami ingat isteri di rumah

– Pengisi air yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.

Suaminya menjawab : “ Ya ”

Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”

Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ” Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”

Jawab suaminya : “ Tidak ”

Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu perbuatan yang buruk ”

Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”

Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan tersebut.

Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat sedikit ”

Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis sepuas hatinya.

Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat meminta pengampunan dengan Tuhannya.

Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ” Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Perhatikan maksud kata-kata ini ; “ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”

Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”

Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat daripada emas.

Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan pandanganku.

Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya.

Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam tanganmu ”

Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”

MORAL OF THE STORY…

✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta’ala.

✔ ALLAH Ta’ala akan membalas segala perkara buruk yang kita lakukan.

✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti orang lain.

✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH Ta’ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta’ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.

✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.

✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.

✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136 Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *