Kena Batang Hidung Sendiri, Jurusolek Sindir ‘Makcik Bawang’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PETALING JAYA: Istilah ‘makcik bawang’ semakin sebati dalam kalangan netizen apabila mereka bercerita sesuatu isu atau perkara di media sosial.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ia dikaitkan dengan aktiviti mengupas bawang beramai-ramai, yang mana tangan khusyuk mengupasnya dan mulut pula tidak berhenti bercakap sambil asyik bercerita mengenai hal-hal sekeliling termasuk mengata orang lain.

Selepas istilah itu tular, kini tersebar pula beberapa video animasi ‘makcik dan pakcik bawang’ berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Istilah ‘makcik bawang’ diambil daripada aktiviti mengupas bawang sambil bercerita mengenai hal masyarakat.

“Hai Piah bila nak kahwin ni, amboi… jadi anak dara tua baru hang tau. Eh piah, kamu tu dah ada isi ke belum. Lama benar nak tunggu kamu mengandung.

“Sorang je anak, sorang je? Cukup ke? Dua je anak kamu? Tambahlah lagi, ramai-ramai barulah seronok.

“Ramainya anak kamu Piah, kamu ni mengandung beranak mengandung beranak, apalah kamu ni?,” demikian dialog ‘makcik-makcik bawang’ dalam salah satu posting animasi yang menggunakan aplikasi telefon pintar, yang dimuat naik seorang jurusolek di laman sosial.

Jurusolek berkenaan, Noor Ezzreen Abdu Razak, 26, berkata, beberapa video yang tular itu dihasilkannya sendiri selepas mahu menghasilkan video animasi menggunakan gambar anaknya yang berusia 14 bulan menerusi aplikasi tersebut.

Dia yang lebih dikenali sebagai Bunga menjelaskan, ia dibuat sekadar suka-suka apabila menemui gambar beberapa biji bawang dalam galeri gambar di telefon bimbitnya.

“Bila terjumpa gambar bawang, teringat makcik dan pakcik bawang. Saya pun buat guna suara sendiri dan dialog berdasarkan kisah masyarakat yang sering kita dengar.

“Mulanya saya buat makcik bawang saja, lepas tu ada yang tanya pakcik bawang tak ada ke? Jadi saya pun buat, masih guna suara sendiri tetapi diedit menjadi suara lelaki,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Bunga yang menjadi jurusolek sejak sembilan tahun lalu memberitahu, salah satu posting yang dipaparkan juga berdasarkan kisah benar mengenai dirinya sendiri.

“Saya dah berkahwin kira-kira empat tahun, dan bukan terus mengandung selepas kahwin. Jadi, ada makcik-makcik yang tanya saya bila nak dapat anak.

“Sekarang dah ada anak seorang, ada lagi yang tanya saya bila nak beranak lagi. Saya kata kalau ada rezeki adalah, tapi kadang-kadang bergurau kata ‘ada kat atas tu makcik, dia tengah main buaian dengan kawan-kawan, belum turun lagi’, bila kata macam tu mereka tahulah saya malas nak layan,” katanya secara berseloroh.

Namun tidak dinafikan, kerjayanya sebagai jurusolek sering berdepan dengan situasi ‘makcik-makcik bawang’ apabila menyolek pengantin di majlis kahwin.

“Yang selalu jadi mangsa dah tentu pengapit sebab biasanya mereka belum berkahwin. Jadi, makcik-makcik akan tanya yang kawan tu (pengantin) dah nak kahwin, pengapit bila lagi,” katanya.

Bagaimanapun Bunga menegaskan bahawa meskipun jurusolek sering dilihat begitu ramah, tetapi tidak bermakna mereka seorang yang suka ‘menjaga tepi kain orang’.

“Saya memang peramah terutama bila berhubung dengan pelanggan. Tapi bila bekerja, saya perlu profesional dan beri tumpuan menyolek pelanggan. Kisah peribadi pengantin saya kena simpan, kena hormati mereka.

“Tapi saya akui memang suka juga ‘membawang’… kalau dengan teman-teman rapat saja. Cakap pun pasal mereka juga depan-depan secara bergurau dan masing-masing tak ambil hati pun,” katanya sambil menambah gurauan itu merapatkan lagi hubungannya bersama teman-teman selain membantu mengurangkan tekanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *