Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ada satu kisah tentang tingkah laku seorang pemuda yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai bakal penghuni syurga.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kisahnya sangat menakjubkan untuk dijadikan iktibar buat kita semua.
Diriwayatkan dari Anas bin Malik, ketika para sahabat selesai menunaikan solat bersama Nabi, tiba-tiba baginda bersabda, “Sebentar lagi akan datang seorang lelaki yang bakal menjadi penghuni syurga.”
Kemudian datanglah seorang pemuda lalu di hadapan mereka dengan bekas air wuduk dijanggutnya manakala tangan kirinya memegang sandal.
Keesokan harinya, Nabi menyatakan hal yang sama kemudian muncul lagi pemuda yang sama. Kejadian itu berulang selama tiga hari berturut-turut.
Setelah Nabi bangkit dari tempat duduknya, seorang sahabat baginda bernama Abdullah bin Amr mengikuti lelaki tersebut.
Dia ingin mengetahui amalan apakah yang dilakukannya sehingga Nabi menyebut sebanyak tiga kali sebagai penghuni syurga.
Abdullah bin Amr pun meminta izin untuk menginap selama tiga hari di rumah pemuda tersebut.
Setelah mendapat keizinan, Abdullah bin Amr sedikit pun tidak melepaskan pandangannya dari pemuda itu untuk mengetahui pekerjaannya, amalan seharian dan perbuatannya.
Selepas tiga hari mengamati pemuda itu, Abdullah bin Amr tidak pernah melihatnya bangun solat ditengah malam kecuali berzikir setiap kali terjaga daripada tidur, takbir hingga menjelang subuh dan bercakap dengan baik.
Perkara itu menyebabkan Abdullah terpaksa menerangkan perkara sebenar dan berkata, “Aku menginap di rumahmu semata-mata ingin tahu amalan apakah yang kau lakukan supaya aku dapat mengikuti amalan itu.
“Terus-terang, aku tidak melihat engkau mengerjakan amalan yang berpahala besar.
“Lalu, apa sebenarnya amalan yang engkau kerjakan sehingga Nabi berkata demikian?”
Pemuda itu kemudiannya menjawab, “Sebagaimana yang kamu lihat, aku tidak mengerjakan amalan apa-apa.
“Cuma, aku sentiasa berusaha untuk tidak menyinggung perasaan orang lain, sama ada kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, ahli keluarga, jiran dan semua orang yang ada disekelilingku.
“Aku sebolehnya tidak mahu mereka sakit hati atau tersinggung dengan ucapan apa perbuatanku.”
Kata pemuda itu lagi, “Aku juga berusaha untuk memaafkan dan tidak marah, kerana aku tahu bahawa Nabi tidak suka marah dan mudah memaafkan.
“Selain itu, aku juga berusaha untuk menjaga silaturahim, menjalin hubungan baik dengan sesiapa pun dan menyambung semula silaturahim yang putus.”
Mendengarkan penerangan pemuda itu, Abdullah pun berkata, “Demi Allah, engkau benar-benar ahli syurga.
“Semua amalan yang engkau sebutkan itu adalah amalan yang sangat sukar untuk aku lakukan.”
Daripafa kisah di atas, menjelaskan bahawa akhlak sedemikianlah yang dapat mengangkat darjat manusia sebagai ahli syurga meskipun orang itu pada dasarnya biasa-biasa saja.
Oleh itu, hindarilah rasa iri atau menyimpan hasad dengki dalam hati kita.
Jangan ada sedikit pun keinginan untuk memfitnah, mencaci, menyakiti atau bercerita tentang aib orang.
Dengan memaafkan segala kesalahan orang lain dan tidak membawa perasaan buruk itu sampai ke tempat tidur sebenarnya dapat membuatkan hati menjadi lebih tenang.
Semoga memberi manfaat.