Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Khasiat dan Kelebihan Garam Mengikut Amalan Rasulullah S.A.W
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Garam memang amat penting dalam kehidupan seharian kita, jikalau tiada garam, maka masakan kita tidak akan menjadi sedap, Akan tetapi penggunaan garam tidak hanya tertumpu pada maskan sahaja. Garam juga banyak kegunaanya. Jom kami kongsikan Khasiat dan Kelebihan Garam Mengikut Amalan Rasulullah S.A.W.
Mengikut Amalan Rasulullah S. A. W:
- Sebelum makan Rasullah S. A. W akan letak secubit garam di lidah untuk mengelakan santau dan untuk menapis makanan yang akan di makan.
- Apabila Sampai di tempat baru, Rasulullah S. A. W akan ambil sedikit garam dahulu untuk menyesuaikan hormon terlebih dahulu di tempat baru.
- Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutamanya penyakit sihir dan santau. Ini kerana Allah sudah cipta garam iaitu bhana yang dapat menarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan ianya juga sebagai penarik unsur2 negatif.
- Diamalkan penggunaan garam oleh Pengamal Perubatan Islam untuk membersihkan rumah atau memagar rumah dengan cra perlu menabur garam di sekeliling rumah.
- Garam juga merupakan unsur yang boleh ‘balance’ balik sistem tubuh kita.
- Garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi atau panas, maksudnya jikalau hendak masak. Gunalah garam bukit dan janganlah meletakkan garam semasa makanan masih menggelegak di atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, kemudian barulah diletak garam.
- Kita disyorkan untuk meletakkan garam semasa hendak makan. Sebabnya Garam mempunyai sodium dan potassium. Tubuh bdan memerlukan potassium yang lebih. Kalau garam dipanaskan ianya hanya akan tinggal sodium, potassium akan rosak dalam suhu panas. Sebab tu banyak yang tekena penyakit darah tinggi.
- Selok-eloknya di setiap tempat makan mestilah sentiasa ada semangkuk kecil garam dan mengikut sunnah Rasulullah SAW akan mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke bahagian depan lidah. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Khasiat Garam dalam Perubatan Islam dan ada beberapa petua penggunaannya.
1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah cara perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan cara asalnya. Kerang sememangnya berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan cara merendamkannya dalam air garam juga.
3. Mengubati penyakit gout. Gout adlah disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Bagi orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, caranya adalah, ambil garam kasar, kemudian digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4. Merawat cirit-birit. Minumlah air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk semasa perjalanan, garam dicampurkan dengan madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.
6. Garam juga boleh digunakan untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur dengan garam disapukan pada kulit yang gatal.
7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini boleh berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Contohnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Negara Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin di tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
8. Menghilangkan penat kerana kerja yang berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah dengan meminum air sejuk yang dicampurkan dengan garam.
9. Mengelak sihir atau gangguan jin bagi mereka yang bermalam di dalam hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan surah Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditaburkan di sekeliling khemah.
10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis di waktu malam adalah disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampurkan dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan di dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
11. Mengubati orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca surah al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
itulah antara khasiat dan kegunaan garam… semoga bermanfaat