Banyak Pendarahan, Siti Nurhaliza Masih Di Wad Dan Maafkan Penyebar Foto

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

PETALING JAYA: Mengambil pendekatan positif untuk tidak memanjangkan lagi keadaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terbuka hati memaafkan pihak yang menyebarkan foto puteri mereka sehingga ia tular di media sosial.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Khalid atau dipanggil Datuk K berkata, dia dan Siti juga reda dengan apa yang telah terjadi itu.

“Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah reda,” kata Khalid ketika dihubungi mStar Online.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, seorang jurusolek bernama Wan Noor Akmal Wan Yusof meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya menyebarkan foto bayi berkenaan, tidak sampai 24 jam penyanyi tersebut melahirkan anak pada Isnin lalu.

Datuk K dan Siti tidak mahu memanjangkan isu sebarkan foto bayi mereka.

Menurut perancangan awal pihak Siti akan mengadakan satu sesi khas untuk berkongsi wajah dan nama sebenar bayi mereka.

Dalam pada itu mengenai pengalamannya menjaga bayi Khalid berkata, puterinya itu tidak banyak karenah dan Siti akan menyusukannya setiap dua jam sekali.

“Buat masa sekarang, bayi kami tak banyak karenah. Biasalah kalau berjaga waktu malam pun hanya untuk berikan dia susu.

“Selepas itu, dia akan tidur semula dan Siti pun dapat berehat,” ujarnya yang kali terakhir mendapat anak kira-kira 20 tahun lalu menerusi perkahwinan pertama.

Siti selamat lahirkan bayi perempuan pada Isnin.

Kata Khalid lagi, isterinya masih di hospital dan belum dibenarkan pulang ke rumah kerana perlu dipantau oleh doktor memandangkan dia mengalami pendarahan ketika pembedahan.

“Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang,” katanya.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu.

Dalam masa seminggu bayi berkenaan akan menggunakan nama sementara iaitu Fatimah Az-Zahra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *