Ibu tunggal dirogol selama 10 jam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibu tunggal dirogol selama 10 jam|IBU tunggal dirogol bekas kekasihnya dirogol dan dikurung selama 10 jam di dalam stor di Kelana Jaya, Petaling Jaya, kelmarin.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira 7 malam apabila mangsa berusia 31 tahun, ditarik suspek menaiki kereta dipandu seorang lelaki lain dan dibawa ke stor berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak itu juga dikatakan dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya diikat.

“Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira selama 10 jam.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan itu, katanya, polis menahan dua lelaki berusia 34 tahun disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan bekas kekasihnya itu saling mengenali sejak 2016,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *