Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
PETALING JAYA: Pengurus kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak memberitahu penyanyi kesayangan ramai itu belum lagi bersalin.Rozi menerusi Instagramnya berkata, perkara itu akan dikongsi secara sama rata apabila sampai waktunya nanti.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
“Belum… belum bersalin. Kepada para peminat dan rakan-rakan media yang dihormati, jangan risau, sebagaimana beliau membuat pengumuman hamil secara sama rata, jika beliau melahirkan nanti pihak kami juga akan berbuat demikian,” tulisnyan pada Ahad.
Rozi turut meminta agar memberi ruang kepada Siti, suami dan keluarganya untuk melalui detik istimewa itu.
Rozi memberitahu Siti Nurhaliza belum bersalin.
Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan yang tidak putus-putus bertanya tentang perkara tersebut.
“Kita bagi Siti, suami dan keluarganya sedikit ruang dan kala tiba saat dan harinya, pasti khabar ini akan dikongsikan bersama,” ujarnya.
Rata-rata peminat penyanyi lagu Segala Perasaan itu mendoakan proses bersalin tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.
Sementara itu, Siti turut mengulang siar status berkenaan dan memberitahu akan berkongsi berita gembira itu pada masa yang sesuai.
“InshaaAllah… Saya akan kongsikan pada masa yang sesuai ye,” tulisnya.
Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.
Beliau dijangka melahirkan cahaya mata sulung itu dalam dalam masa terdekat secara pembedahan.
Tags / Kata Kunci:Siti Nurhaliza