Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan. Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Jom semak manfaat lain tentang limau purut:
1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional
2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
Kredit: Manfaat Limau Purut