‘Kalau Boleh Jangan Buka Fon Dalam Kelas’ – Netizen Kecam Cikgu Cun Langgar SOP Dan Etika Kerja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Golongan guru dipandang mulia masyarakat kerana sumbangan mereka berbakti kepada anak bangsa tidak ternilai besarnya. Tidak hairanlah wujud mutiara kata ‘guru ibarat lilin yang sanggup membakar demi menerangi orang lain’, bagi menunjukkan pentingnya peranan seorang guru.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Namun, sebagai manusia, golongan ini juga tidak dapat lari dari kesilapan. Ada segelintir yang memegang peranan ini dilihat melanggar peraturan sebagai pendidik.

Seorang wanita dipercayai guru memuatnaik satu video dirinya di dalam kelas ketika sedang menanda buku muridnya. Turut kelihatan di dalam video berdurasi kurang seminit itu adalah beberapa orang pelajar perempuan. Wanita berkenaan dilihat berinteraksi dengan anak muridnya sambil menanda buku yang kemudiannya dikembalikan kepada pemiliknya.

Perkara itu mendapat perhatian netizen dan dikecam kerana ramai berpendapat seorang guru tidak sepatutnya merakam video anak muridnya di dalam kelas, apatah lagi menyebarkannya di laman sosial.

Seorang guru mendedahkan tindakan wanita terbabit melanggar prosedur standard sebagai seorang guru. Secara profesionalnya, telefon perlu disimpan dan tidak wajar digunakan di dalam kelas.

Tambahnya guru yang digelar ustazah dalam video terbabit juga menanggung risiko dikenakan tindakan undang-undang kerana memuatnaik imej dan video kanak-kanak tanpa keizinan ibu bapa atau penjaga mereka.

Di ruangan komen, ada mendakwa guru terbabit hanyalah guru ganti sahaja. Statusnya itu mungkin menyebabkan dirinya tidak sedar atau menyedari mengenai peraturan yang perlu dipatuhi ketika berada di dalam kelas.

Sumber : Cikgu Puaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *