Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
7 Jenis tasbih yang dapat menarik rezeki | Umat islam digalakkan mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Apakah 7 jenis tasbih yang patut diamalkan untuk menarik rezeki?
1. Memperbanyak membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan–La hawla Wala Quwwata Illa billah. (Hadith Riwayat At Thabrani)
2. Membaca–La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin. Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (Hadith Riwayat Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Membaca–Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang Malaikat yang bertasbih kepada Allah SWT sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (Hadith Riwayat Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas: “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya”. (Hadith Riwayat At Thabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqiaah:“Barangsiapa membaca surah Al-Waqiaah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup”. (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak seIawat atas Nabi SAW: Dari Umar bin Khattab r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Hadith Riwayat Bukhari)
7. Melazimkan Istighfar: “Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga”. (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Dawwud dan Ibnu Majjah).
Sumber: nasihatustazz
…
Penjelasan Untuk Isteri: Siapa Lebih Utama Mertua Atau Ibu Bapa Kandung?Ramai Yang Silap!
Kalau isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? kalo suami plak ibu lebih utama dari isteri kan? tp nafkah tu mmg isteri la yg mesti diutamakan.. kan? tp kebajikan ibu bapa takleh diabaikan..
Jawapan:
Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam. Jazakumullahu khair.
Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab di atas.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Assalamualaikum.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri. Benarkah hal ini.
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
1- Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.
2- Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3- Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4- Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.
5- Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi
Wallahua’lam.