Bermula Tahun 2018, Hilang Kerja Berhak Elaun RM600 Sebulan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini berita baik untuk semua rakyat  Malaysia kerana mulai 2018, pekerja yang kehilangan pekerjaan layak menerima faedah interim berbentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada PERKESO untuk melaksanakan SIP tersebut.

Katanya, seramai 57,282 individu dijangka menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERKESO akan mengadakan jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP.

SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja. — Bernama

Artikal  berkaitan:

3 Sektor Pekerjaan di Malaysia Paling Berisiko Dibuang Kerja Dalam Tempoh 5 Tahun Akan Datang.Cuba Tengok, Ada Tak Pekerjaan Korang Termasuk Dalam Senarai Ni

Astro Awani melaporkan pada 10 Oktober 2017 berkenaan isu sektor pekerjaan paling berkemungkinan besar membuang pekerjanya, yang kini bukan sahaja melanda dunia bahkan turut berlaku dalam negara kita.

Menurut laporan Persekutuan Majikan Malaysia atau MEF Datuk Shamsuddin Bardan, mereka telah pun mengeluarkan amaran berkenaan isu ini yang melibatkan tiga sektor iaitu sektor pembuatan, peruncitan dan sektor kewangan kerana berlakunya proses automasi pekerja yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia; digantikan dengan mesin-mesin automasi.

 

Dilaporkan juga, pada tahun 2015, 44,000 orang pekerja telah pun diberhentikan di seluruh dunia dan 18,000 daripadanya adalah pekerja dalam sektor perbankan. Sementara itu jumlah itu meningkat bagi tempoh Januari 2016 hingga Jun 2017 apabila seramai 40,000 orang pekerja telah diberhentikan dan lebih 17,000 orang telah pun dibuang pekerjaannya.

Menurut laporan oleh Oxford Univgersity yang diterbitkan pada tahun 2013, mereka menyenaraikan 702 pekerjaan yang selalu kita dengari dan mengkelaskannya mengikut risiko-risiko digantikan dengan automasi. Melalui kajian itu, berikut adalah 6 pekerjaan paling tidak selamat untuk tempoh 5 tahun akan datang :

PEKERJAAN PALING BERISIKO MENGALAMI AUTOMASI
1. Telemarketer (99% akan mengalami automasi)

2. Pegawai pinjaman bank (98% akan mengalami automasi)

3. Juruwang (97% akan mengalami automasi)

4. Paralegal dan pembantu peguam (94% akan mengalami automasi)

5. Pemandu teksi (89% akan mengalami automasi)

6. Tukang masak restoran makanan segera (81% akan mengalami automasi)

5 PEKERJAAN PALING KURANG RISIKO AUTOMASI

ADAKAH PEKERJAAN ANDA BERISIKO?

Untuk mengetahui adakah pekerjaan anda berisiko, pekerjaan-pekerjaan yang berisiko adalah pekerjaan yang mempunyai rutin yang sama dan perlu dilakukan berulangkali. Sebagai contoh, industri telemarketing tidak memerlukan banyak variasi pada rutin harian pekerja. Begitu juga pengadil perlawanan misalnya yang berkemungkinan besar boleh digantikan dengan mesin-mesin pengimbas dan kamera berkelajuan tinggi yang mempunyai kadar ralat yang lebih rendah.

Jika kita ke sesetengah pusat membeli belah pun kita sudah mempunyai kaunter khas layan diri di mana kita sendiri mengimbas dan membayar jumlah yang perlu kita bayar. Konduktor bas juga sudah kurang kelihatan malahan sistem MRT yang baru dilancarkan juga menggunakan sistem tanpa pemandu.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah pekerjaan yang memerlukan seseorang pekerja itu mengulangi tabiat dan rutin yang sama setiap hari mempunyai risiko diautomasi lebih pantas berbanding beberapa sektor lain.

JENIS PEKERJAAN APAKAH YANG SUKAR DIJALANKAN AUTOMASI?

Ada 3 jenis pekerjaan yang dikatakan sukar untuk diautomasikan. Yang pertama adalah pekerjaan yang memerlukan kreativiti tulen seperti seorang artis, seorang saintis atau seseorang yang mampu mencipta pelan perniagaan yang baru.

Yang kedua, adalah pekerjaan yang memerlukan sentuhan manusia. Jururawat, doktor dan pekerja sosial adalah antara pekerjaan yang berkemungkinan besar akan terus memerlukan peranan manusia dalam memastikan pelanggan atau pesakit mendapat imbuhan yang terbaik.

Ketiga, adalah pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan kemahiran spesifik pada waktu-waktu tertentu seperti tukang paip atau tukang baiki peralatan elektronik.

APA PERUBAHAN YANG ANDA PERLU LAKUKAN UNTUK KEKAL RELEVAN?

Apa yang kami boleh katakan di sini adalah zaman di mana seseorang itu mampu hidup hanya dengan bergantung kepada satu kemahiran sudah berakhir. Apa yang perlu anda buat adalah memperlengkapkan diri anda dengan beberapa kemahiran yang mampu menjana pendapatan kepada anda, sebelum zaman automasi benar-benar tiba.

Menurut kajian World Economic Forum, dalam tempoh 2015 hingga 2020, dianggarkan 5 juta orang akan hilang pekerjaan kerana digantikan dengan mesin.

Para penyelidik pula berpendapat, sehingga tahun 2020, trend pekerjaan yang berlaku bukan sepatutnya dipandang sebagai satu fasa di mana orang ramai hilang pekerjaan, tetapi seharusnya dilihat sebagai satu fasa di mana berlakunya penempatan semula individu-individu berkemahiran dalam pekerjaan baru, yang akan memudahkan lagi proses automasi pekerja dilakukan.

Persoalannya, sudahkah anda bersedia jika anda tergolong dalam pekerjaan berisiko diautomasikan?

sumber:  iluminasi kredit to bujanglapok2.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *