AMALKAN DUA AYAT INI, INSYAALLAH WAJAH ANDA AKAN BERSERI-SERI, MANIS DIPANDANG DAN DISAYANG ORANG…

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Keistimewaan dan manfaat dua ayat Surah Yusuf dan Taha. Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan. Memandangkan amat banyak persoalan berkaitan permasalahan jodoh dan perhubungan sama ada hubungan di antara ibu bapa, suami isteri atau teman-teman, makanya ana ingin berkongsi kepada antum semua dua ayat yang amat bermanfaat.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Surah Yusuf Ayat 4

Image result for Surah Yusuf Ayat 4

Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja. Khasiat ayat ini :

1 – Manis dipandang orang.

2 – Wajah menjadi berseri-seri.

3 – Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

Kemudian Sambung Surah Taha Ayat 39

Related image

Caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Cara mengamalkannya :

1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah Taha ayat 39.

2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.

3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta’awwuz (A’uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.

Sumber:tvceramah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *