3 Gaya Wanita Yang Tidak Mencium Bau Syurga, Wanita Tolong Ambil Perhatian

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ada tiga gaya penampilan atau mode wanita muslimah yang diancam tidak akan mencium bau syurga.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang 

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.

– Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya. – Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain. – Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat. 

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..

– Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.

– Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.

– Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta. 


Maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban.

Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH, Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita marilah berjalan dengan tuntunan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. Aamiin

Ya ALLAH …

✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini

✔ Gerak kakinya untuk melangkah ke masjid

✔ Lapangkanlah hatinya

✔ Bahagiakanlah keluarganya

✔ Luaskan rezekinya seluas lautan

✔ Mudahkan segala urusannya

✔ Kabulkan cita-citanya

✔ Jauhkan dari segala Musibah

✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.

✔ Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yang membaca dan berkongsi status ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber peribadirasulullah.wordpress.com

.

Lebih 10 Tahun Berniaga, Lelaki Ini Istiqomah Amal 2 Doa Yang Bantu Selesaikan Masalah Hutang

Image result for Lebih 10 Tahun Berniaga, Lelaki Ini Istiqomah Amal 2 Doa Yang Bantu Selesaikan Masalah Hutang

Kemelut hutang jika tak diurus dengan baik bukan saja merosakkan diri, malah orang terdekat pun akan merasainya. Gangguan emosi akibat hutang cukup menekan. Bila sudah tidak tahu ke mana lagi mahu mengadu, berbaliklah kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Perkongsian daripada status facebook Jaq Osman (Abang Jaq), usahawan AT Cupcakes & Bakeri simple saja tapi maksudnya sampai. Benarlah berhutang itu perkara biasa, yang luar biasa adalah lari daripada hutang.

Fasa Hutang Abang Jaq

Sepanjang lebih 10 tahun berniaga, Abang jaq dah melalui 3 fasa berhutang.

1. Hutang Dengan Keluarga

Masa mula – mula nak meniaga dulu, nak beli tray dan bahan mentah, abang jaq pinjam dengan ayah.

2. Hutang Dengan Kawan-kawan

Bila bisnes dah berjalan baik, Mai sesak-sesak, Abang jaq pinjam dengan kawan.

3. Hutang Dengan Supplier

Bila bisnes sudah ada nama sikit, supplier dah percaya dengan kita, order apa pun dia hantaq dulu. Cukup bulan dia hantaq bil. Ni pun dikira hutang juga. Sikit-sikit boleh la bayaq cash. Sekali dia mai berpuluh-puluh ribu Abang Jaq 2, 3 kali juga la nak bayaq tuh. Hutang juga.

Pesan Abang Jaq Lagi

Dalam perniagaan, hutang adalah perkara biasa. Yang luar biasa, hutang tak mau bayaq.

Kadang-kadang kawan bagi pinjam bukan kerana dia banyak duit. Dia bagi atas dasar simpati dan janji yang dicapati hampa tuh. Dia pun ada hari semput juga.

Jangan lari daripada hutang kerana hutang, boleh buat kita terkandas masuk ke syurga.

Abang Jaq Amalkan 2 Doa Inilah…

doa selesaikan masalah hutang

doa selesaikan masalah hutang

Doa masuk rumah, keluar rumah ni Abang Jaq dah amal lama. Tips ni abang Jaq dapat masa Ustaz Ebit Lew baru-baru nak popular dulu. Ustaz cakap ini antara amalan yang boleh bantu menyelesaikan hutang.

Jadi pun tak pa, tak jadi pun takpa. Benda baik masuk rumah keluar rumah amal ja la. Cuba hampa cuba amal yang ni kot – kot boleh bayaq hutang abang Jaq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *