Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin selamat menimang cahaya mata lelaki pada jam 4.33 petang semalam.
Bayi itu selamat dilahirkan Tya Ariffin yang juga pelakon Indonesia di Hospital Ampang Puteri, Ampang.
Berita gembira tersebut dikongsi Siti Nurhaliza pada laman Instagram (IG)
Menerusi perkongsian itu, Siti menceritakan pengalamannya berada di bilik bersalin menyaksikan serta memberi semangat kepada Tya yang bertarung nyawa melahirkan bayi sulungnya.
Berikut merupakan cerita Siti dalam kapsyennya yang dimuat naik bersama foto bersama Tya dan keluarga:
Alhamdullillah , bertambah ahli keluarga kami.. Selamat hari kelahiran Arif Jiwa bin Muhammad Asyraf @asyrafkhalid .Tahniah ibu nya @tyaarifinnw ..
Pengalaman berada didalam bilik bersalin bersama sama Tya satu pengalaman berharga.. Perjuangan bertarung nyawa..Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul .. wpun pasukan sorak ibu2 iaitu @teezac @komariaharifin @fitriarifinfw dan saya cuba sebaiknya memberi semangat tetapi heroin yg sebenarnya tetap si ibu yg hebat dgn kebijaksanaan DR serta Nurse yg bertugas..
Alhamdullillah.. Kedua duanya selamat dan pengalaman ini akan sentiasa saya ingat .. Besarnya pengorbanan seorang ibu dan Maha Besar NYA KekuasaanMU Ya Allah ..
Sementara itu menerusi akaun IG Asyraf, telah mendedahkan nama puteranya iaitu Ariff Jiwa.
Alhamdulillah, my 1st son, Arif Jiwa, was born today, 31st March 2017, at 4.33pm, healthy. Welcome to the world Arif. You’re gonna have an awesome life.
The name Arif was taken from Tya’s dad, Arifin, & Jiwa is the name i choose after my late grandfather. I remember my late grandfather very fondly & i remember a lot of good things about him. He was a very generous man, who loves making others happy.
Today is a start of a new life for us as a family. Please pray for the best for us. Thank you Allah for giving me this miracle.
Tahniah diucapkan kepada Asyraf, isteri dan seluruh ahli keluarganya, moga kehadiran cahaya mata tersebut menyerikan lagi rumahtangga mereka.
sumber: Exoramaroon
Siti bakal lahir anak secara pembedahan
PENYANYI, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini muncul dengan single terbaru, Comel Pipi Merah. – Foto: Mohd Khairul Helmy Mohd Din
farihad@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, memilih untuk melahirkan bayi sulungnya dalam tempoh dua minggu lagi menerusi pembedahan Caesarean.
Mengakui berdebar menantikan saat itu, Siti, 39, berkata pemilihan kaedah bersalin secara pembedahan juga dibuat atas nasihat pakar perbidanan yang merawatnya.
“Menurut doktor di tempat Siti menjalani rawatan kesuburan, selain faktor usia Siti sendiri, bayi yang dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ biasanya dilahirkan secara pembedahan.
“Bagaimanapun, ada juga kes sebegitu menyaksikan kelahiran secara normal. Siti ikut saja apa nasihat doktor, selain mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Apapun caranya, harapan Siti proses kelahiran dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.
Ditanya mengenai persiapan menyambut si kecil, penyanyi yang baru saja muncul dengan single Comel Pipi Merah ini berkata, segala-galanya sudah tersedia.
Ketika ini, jelasnya, beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, hanya membilang hari menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.
“Suamilah insan paling teruja membuat persediaan, terutama dari segi hiasan bilik bayi. Lif pun sudah siap dan ia dibina bukanlah bagi kegunaan Siti saja, tetapi untuk orang lain juga seperti ibu serta ibu mentua,” katanya.
Mengulas kemunculan single terbarunya pula, pemenang Anugerah Seri Perak, Anugerah Bintang Popular BH 2011 ini berkata, Mac dipilih sebagai detik pelancaran lagu berkenaan sejajar dengan tarikh beliau bakal bergelar ibu.
“Sekurang-kurangnya, ada juga kenangan untuk Siti dan bayi pada kemudian hari. Ia juga ibarat serampang dua mata kerana lagu berkenaan diharap dapat mengubat rindu peminat sepanjang tempoh Siti berpantang nanti,” katanya.
Lagu ciptaan Siti dan lirik oleh Rozi Sangdewi itu juga boleh didapati di semua platform digital mulai hari ini.
Sumber: Bharian
Siti ada lagu istimewa buat anak
DATUK Seri Siti Nurhaliza hadir pada majlis pelancaran program Journal Percutian Keluarga CTDK-ATION di Grand Eastern Mall. – Foto Muhd Zaaba Zakeria
AMPANG: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hamil enam bulan sudah mempunyai sebuah lagu khas untuk bayi yang dijangka dilahirkan, Mac depan.
Siti, 37, memberitahu melodi lagu itu dicipta ketika dia berada dalam bilik mandi.
“Setakat ini, saya sudah ada tiga melodi yang saya cipta secara humming.
“Saya akan serahkan semua melodi itu kepada komposer. Hanya melodi yang terbaik akan dirakamkan,” katanya pada sidang media mengumumkan program terbitan Astro, CTDK-ation di sebuah pusat beli-belah di sini, sebentar tadi.
Siti berkata, dia mencipta melodi itu sebagai hadiah buat cahaya mata tercinta.
“Saya buat lagu ini kerana selain saya seorang penyanyi, ia juga hadiah untuk bayi ini yang boleh dijadikan kenangan sehingga dia dewasa,” katanya.
Tambah penyanyi Segala Perasaan ini, lirik dan judul lagu terbabit belum ada, namun ia dijangka dirakamkan sebelum bersalin.
Mengenai jantina anak, Siti menjelaskan, dia belum bersedia mengumumkannya bagi menghormati permintaan suami.
Program CTDK-ation berkonsep jurnal percutian menyaksikan Siti dan keluarganya bercuti di tiga negara iaitu Portugal, Sepanyol dan Dubai.
Ia bakal menemui penonton pada jam 9 malam 29 Disember depan di saluran Astro Ria.
Sumber; Bharian