Hukum Memakan Haiwan Yang Makan Kotoran

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hukum Makan Ayam Makan Kotoran

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Disisi syarak haiwan yang memakan kotoran ini disebut jalalah. Tidak kira samada kotoran itu adalah najis mughalazah atau najis yang lain.
Dan tidak kira sama ia haiwan darat atau air.

Jika haiwan tersebut memakan makanan yang bersih cuma ada sesekali memakan najis maka tidak termasuk dalam haiwan jalalah.

Maka haiwan jalalah dilarang memakannya dengan larangan makruh.

Dari Abdullah bin Umar r.a. katanya :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أكل الجلالة وألبانها

artinya : “Telah melarang olih Rasulullah saw daripada memakan haiwan jalalah dan susunya.” (Hadith Abu Daud)

Daripada Abdullah bin ‘Amru Al-‘As r.a. katanya :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الإبل الجلالة

artinya : “Rasulullah saw melarang dari memakan unta jalalah.”

Menurut pendapat yang kuat larangan pada hadith ini bermaksud larangan yang makruh.

Sebahgian ulama mazhab Hambali mengatakan larangannya adalah haram.

Semua jenis binatang yang memakan kotoran atau najis disebut jalalah samada ayam, itek, lembu, kambing, unta, ikan dan lain-lain.

Di tempat kita biasa ikan keli yang diternak diberi makan kotoran babi atau seumpamanya dan terkadang ayam diberi makan bangkai.

Biasanya bau haiwan jalalah ini akan berubah kepada tidak enak baunya begitu juga dagingnya akan terasa tidak sedap.

Untuk menghilangkan larangan memakannya hendaklah di beri makanan bersih selama 3 hari atau lebih.

Sekalipun tidak haram memakan jalalah tetapi tidak memakannya kerana sukakan kebersihan adalah lebih baik.

Berkata Al-Khathobi :

كره أكل لحومها ‏وألبانها تنزها وتنظفا

artinya : “Dimakruhkan memakan daging haiwan jalalah dan meminum susunya kerana menjaga kebersihan dan kesucian.”
(kitab Ma’alimu Sunan)

Wallahua’lam

https://youtu.be/P-pQrFhTAxk

-Ustaz Azhar Idrus-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *