KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH DAN MADINAH

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bismillah…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah S.W.T berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.

Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji. Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.

74995_10200940683012651_470982803_n

971397_10200940683372660_1811475842_n

1011546_10200940682772645_65809663_n

Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.

Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?

Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:

Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”

(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana. Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”

(Sabiq, 2000: I: 522-24)

Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.

Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.

Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.

Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah….

Semoga kita termasuk di kalangan yang bernasib baik di beri peluang untuk disemadikan di tanah suci Makkah atau Madinah…

Aamiin.

sumber – Ustaz Nasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *