Adakah Wajib Mandi Selepas Keguguran Dan Apa Maksud Mandi Wiladah? Wanita Kena Tahu..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

SOALAN : Adakah WAJIB MANDI jika berlaku keguguran?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

SOALAN : Mohon perjelasan yang arif. Bagi yang bersalin normal.. bila masa kena mandi wiladah? Sesetengah orang cakap tak perlu mandi.. mandi selepas habis nifas.

JAWAPAN:
Saya gabung jawapan bagi kedua-dua soalan di atas seperti berikut :

WILADAH bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging).

1.Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya) ; wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia WAJIB MANDI jika ditakdirkan TIADA darah NIFAS yang keluar.

Ini kerana QIAS kepada air MANI. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.

Namun jika ada darah NIFAS yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya TERTAKLUK dengan HUKUM wanita yang kedatangan NIFAS dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut Mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan ; “Kemungkinan berlaku kelahiran TANPA diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum JANABAH (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya (cara biasa atau pembedahan).

Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah sebagaimana yang biasa berlaku, maka darah itu dinamakan NIFAS dan ia tertakluk dengan hukum-hakam NIFAS” [Jil.1, hlm. 82]

2. Mengikut Mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad ; wiladah TIDAK mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya. [Lihat; al-Majmu’, 2/168]

Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni ; “Yang soheh ialah TIDAK WAJIB mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak ; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” [al-Mughni, 1/165]

KESIMPULAN :

Mengikut Mazhab Imam Syafie, seorang perempuan yang lepas bersalin samada secara normal atau bedah TIDAK WAJIB mandi wiladah jika KELUAR darah NIFAS. Selepas kering nifasnya barulah dia wajib mandi SEKALI sahaja dan terangkat kedua-dua hadas wiladah dan nifas sekali, tak perlu mandi dua kali.

Alasan ini adalah kerana kewajipan mandi hanya bermula apabila masuk waktu solat dan ibadat yang sepertinya. Selepas bersalin, perempuan yang datang nifas masih dalam keadaan berhadas nifas maka dia tidak wajib solat, apabila tidak wajib solat maka tidak wajib juga mandi wiladah.

Menyuruh perempuan mandi wiladah dan mandi nifas sekali lagi setelah kering nifas adalah perbuatan yang tidak dianjurkan oleh hukum dan menyusahkan.

Namun bukan semua wanita apabila melahirkan anak akan keluar nifas. Ada yang keluar nifas, setelah 2 atau 3 hari melahirkan anak. Maka apabila, seseorang wanita, merasai tidak ada sebarang darah yang keluar mengiringi bayi yang dilahirkan, dia mesti bangun dan mandi wajib untuk mengerjakan solat.

Walaupun masih lemah, maka dia boleh mengerjakan solat secara duduk sahaja, mengikut keupayaan diri ketika itu.

Ini termasuk wanita yang melahirkan anak secara pembedahan caesarean, sekiranya selepas 2, 3 hari nifas keluar maka berhentilah solat, sehingga nifasnya kering semula untuk mandi wajib sekali lagi.

Moga dapat memberi pencerahan.

Oleh: Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Alrais)
https://telegram.me/soaljawabbersamaalrais

Sumber: indahnyaislam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *