Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Adalah Tanda Dan Mempunyai Maksudnya!
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Inilah perkongsian yang sunat dilakukan yang akan saya kongsikan dengan anda semua. Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Tanda Amaran Mati Oleh Malaikat Maut. Menulis tentang kematian sunat hukumnya. Memberitahu tentang saat kematian sunat hukumnya. Perbanyakkan mengingatkan mati kepada saudara-saudaramu… kerana orang yang bijak antara kamu adalah orang yang selalu ingat mati.
Sebahagian para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut nyawa, “Tidakkah kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai Malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih berhati-hati?”
Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat
Malaikat menjawab, “Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda-tanda yang sangat banyak berupa penyakit, uban, penglihatan mulai tidak jelas (Terutama ketika sudah tua).
“Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila telah datang peringatan tadi, ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukankah aku telah memberimu banyak tanda-tanda bahawa sebentar lagi aku akan datang?
“Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan yang lain.” (Hadis riwayat Imam Qurthubi)
Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunyai dua mata diwajahnya dan dua lagi ditengkuknya, “Wahai Malaikat pencabut nyawa, apa yang akan kaun lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal di waktu yang sama: yang satu berada di hujung timur dan yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor binatang pun akan mati?”
Malaikat pencabut nyawa berkata, “Aku akan memanggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah SWT, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana (bekas) besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim)
Orang mati mendengar tetapi tidak mampu menjawab
Rasulullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang terbunuh ketika perang Badar dilemparkan ke dalam sebuah perigi tua.
Kemudian Rasulullah mendatanginya dan berdiri dihadapannya. Setelah itu, baginda memanggil nama mereka satu persatu, “Wahai fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian benar-benar ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti.”
Umar lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengajak berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?”
Ketahuilah! Uban, Rabun Dan Penyakit Antara Amaran Kematian Semakin Dekat
Rasulullah SAW menjawab, “Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan. Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya tetapi mereka tidak dapat menjawab.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kematian akan datang tak pernah terlewat walau sesaat dan tak kan tercepat walau sesaat. Dia datang pada waktu yang tepat. Orang yang bijaksana anrara kamu adalah mereka yang sentiasa mengingati mati. Hinggakan mereka sentiasa bersedia dengan amalan kebaikan sepanjang masa dan sentiasa berbuat kebaikan. Semoga kita diberikan peluang untuk sentiasa menyebarkan kebaikan walau nanti jasad kita telah tiada. Wallahua’lam…
Sumber: Kartel Dakwah
.
Hukum Isteri Bersedekah Dengan Harta Suami,Adakah Memerlukan Kebenaran Suami Atau Tidak?Ramai Yang Tak Tahu!
Hadith berkenaan perkara ini :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنْفَقَتْ الْمَرْأَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا غَيْرَ مُفْسِدَةٍ كَانَ لَهَا أَجْرُهَا بِمَا أَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا أَجْرُهُ بِمَا كَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ لَا يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ أَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا
artinya : Dari ‘Aisyah r.a. dia berkata : Rasulullah saw telah bersabda : “Jika bersedekah olih seorang perempuan dari makanan yang ada di rumah (suami) nya yang bukan bermaksud menimbulkan kerusakan maka baginya pahala atas apa yang dibelanjakan dan bagi suaminya pahala dengan sebab harta yang diusahakannya. Demikian juga bagi seorang penjaga harta benda (yakni mendapat pahala) dengan tidak dikurangi sedikitpun pahala masing-masing dari mereka.” (Hadith Bukhari)
Al-Imam Nawawi berkata :
وَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا بُدّ لِلْعَامِلِ – وَهُوَ الْخَازِن – وَلِلزَّوْجَةِ وَالْمَمْلُوك مِنْ إِذْن الْمَالِك فِي ذَلِكَ ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ إِذْنٌ أَصْلًا فَلَا أَجْر لِأَحَدٍ مِنْ هَؤُلَاءِ الثَّلَاثَة ، بَلْ عَلَيْهِمْ وِزْر بِتَصَرُّفِهِمْ فِي مَال غَيْرهمْ بِغَيْرِ إِذْنه .
وَالْإِذْن ضَرْبَانِ : أَحَدهمَا : الْإِذْن الصَّرِيح فِي النَّفَقَة وَالصَّدَقَة ، وَالثَّانِي : الْإِذْن الْمَفْهُوم مِنْ اِطِّرَاد الْعُرْف وَالْعَادَة كَإِعْطَاءِ السَّائِل كِسْرَة وَنَحْوهَا مِمَّا جَرَتْ الْعَادَة بِهِ وَاطَّرَدَ الْعُرْف فِيهِ ، وَعُلِمَ بِالْعُرْفِ رِضَاء الزَّوْج وَالْمَالِك بِهِ ، فَإِذْنه فِي ذَلِكَ حَاصِل وَإِنْ لَمْ يَتَكَلَّم ،
وَهَذَا إِذَا عَلِمَ رِضَاهُ لِاطِّرَادِ الْعُرْف وَعَلِمَ أَنَّ نَفْسه كَنُفُوسِ غَالِب النَّاس فِي السَّمَاحَة بِذَلِكَ وَالرِّضَا بِهِ ، فَإِنْ اِضْطَرَبَ الْعُرْف وَشَكَّ فِي رِضَاهُ أَوْ كَانَ شَخْصًا يَشُحّ بِذَلِكَ وَعَلِمَ مِنْ حَاله ذَلِكَ أَوْ شَكَّ فِيهِ لَمْ يَجُزْ لِلْمَرْأَةِ وَغَيْرهَا التَّصَدُّق مِنْ مَاله إِلَّا بِصَرِيحِ إِذْنه .
Maksudnya : Ketahui olih kamu bahawa bagi seorang pekerja yaitu penjaga harta tuannya dan juga si istri dan hamba yang ingin membelanjakan harta tuan atau suaminya hendaklah mendapatkan izin dari si pemilik harta atau suaminya terlebih dahulu. Bila tidak ada izinnya sama sekali maka tidak ada pahala yang didapatkan oleh ketiga golongan tersebut. Bahkan ketiganya (yakni pekerja, isteri dan hamba) berdosa karena menggunakan harta orang lain tanpa ada izin pemiliknya.
Dan izin itu ada dua macam. Salah satunya ialah izin yang jelas membenarkan berbelanja dan bersedekah. Dan izin yang kedua ialah izin yang difahami dari kebiasaan yang berlaku seperti memberi sepotong roti kepada peminta dan yang seumpamanya.
Dan telah diketahui bahawa suami dan pemilik harta itu redha dengan pemberiannya itu. Dengan kata lain bahawa suami dan pemilik harta memberi izin walaupun tidak dengan perkataan.
Dan hal ini apakala diketahui ridhanya kerana kebiasaan yang berlaku dan diketahui bahawa dirinya sama seperti manusia-manusia yang suka bersedekah dengan harta.
Maka jika tidak dapat dipastikan tentang sikap dermawannya atau ragu adakah dia suka bersedekah atau tiada atau memang sikapnya tidak suka bersedekah dan diketahui hal itu melalui kelakuannya maka tidak harus bagi si isteri atau penjaga harta bersedekah dari hartanya melainkan mesti dengan ada izinnya yang jelas.
(Kitab Syarah Muslim Imam Nawawi)
Keterangan
– Bersedekah adalah amalan baik yang akan memperolehi pahala di akhirat.
– Bersedekah dengan harta sendiri tidak memerlukan izin orang lain.
– Jika mahu bersedekah dengan harta orang lain seperti harta suami atau majikan maka mestilah dengan izin suami dan majikan.
– Jika suami izinkan isteri bersedekah dengan harta suami atau majikan izinkan perkeja bersedekah dengan harta majikan maka semua mereka mendapat ganjaran pahala.
– Izin dari tuan harta untuk bersedekah mestilah dengan berlafaz atau bertulis atau lain-lain alamat memberi izin.
– Jika suami atau tuan harta tidak memberi izin dengan jelas tetapi yang bersedekah tahu bahawa suami atau tuan harta akan suka jika diketahui sedekahnya itu maka hukumnya adalah harus.
– Jika disyakki adakah suami atau tuan harta akan benarkan sedekah dengan hartanya atau tidak maka tidak harus bersedekah.
– Bersedekah dengan harta orang tanpa izin adalah berdosa dan tidak mendapat pahala.
wallahua’lam
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)