Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Neelofa telah bermimpi bertemu Tok Guru semasa 27 Ramadhan yang lalu. Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani warna hijau. Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya. Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa tidak tahu.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.
Pesanan pertama Tok Guru semasa sesi perjumpaan itu ialah:
“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman dari Allah.
Semua orang bila melalui hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.” kata Neelofa.
Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.
Hajjah Neelofa Lancarkan Koleksi Tudung Di Zouk, Mendapat Kecaman Netizen- Ini Jawapan Balas Hajjah Neelofa
KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelakon, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab hiburan di sini, malam tadi.
Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.
“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa kepada BH Online.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, di sini.
Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan.
Pelancaran Hijab Neelofa di Kelab Malam The Zouk.
Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini.
Betapa jauhnya wanita Muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan TAQWA , identiti kita sebagai wanita Muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat – tempat maksiat, seperti kelab malam, apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.
Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk
atau
sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?
Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?
Betul, jangan difikirkan kata – kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.
Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)
Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).
Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)
Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih
suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)
sumber https://www.facebook.com/drrafidahhanim/
Sumber & Kredit: sayangawak.com