Rasa gelisah dan tidak tenang apabila melakukan solat. Terasa seolah-olah ibadat kita tidak sempurna dan tidak akan diterima oleh Allah.. Adakah solat itu sah atau tidak? Lihat Ini Jawabanya.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Saya nak bertanya kalau kita rasa gelisah dan tidak tenang apabila melakukan solat terasa seolah-olah ibadat kita tidak sempurna dan tidak akan diterima oleh Allah.. Adakah solat itu sah atau tidak?

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew


Jawapan :

Bila nak solat rasa gelisah itu adalah tanda gangguan daripada jin atau syaitan yang cuba menimbulkan kegelisahan. Sebelum mulakan solat baca surah an-Nas dan beristighfar kepada Allah SWT dan mohon perlindungan daripada Allah SWT dari gangguan jin dan syaitan.

Ada beberapa aspek yang perlu dibincangkan di sini. 

Pertamanya mengenai persiapan kita sebelum mendirikan solat agar kita dapat tenang dan kyusuk dalam solat. Sebelum solat, pastikan selesaikan terlebih dahulu dilakukan perkara-perkara yang boleh menganggu solat, contohnya, kalau makanan sudah terhidang, jika waktu masih ada, maka makanlah terlebih dahulu. Sebelum solat juga, pastikan kita benar-benar suci dari hadas , badan, pakaian dan tempat mestilah suci dari najis.

Terdapat banyak kes dimana seseorang bersolat sedang pakaian atau badan mereka tidak suci dari hadas. Ini sebenarnya akan menjejaskan solat kita. Selain daripada itu, seseorang itu tidak dapat khusyuk dalam solatnya jika wuduk tidak diambil dengan sempurna, Mungkin air tidak mengenai secara merata ke anggota diwajibkan atau angggota yang menjadi rukun.

Kedua ialah merasa sangsi sama ada sah atau tidak solat. Jika diyakini syarat-syarat sah solat telah dapat disempurnakan, maka dirikanlah solat secara sempurna. Jika telah disempurnakan solat (sama ada khusyuk atau tidak) dan setelah merasa itu merasa sanagsi sama ada sah atau tidak, maka abaikan syak itu kerana merasa syak akan sabit ketika mana ibadat itu sedang didirikan, manakala ketika solat telah dilaksanakan kemudian kita merasa syak, maka dia tidak sabit kepada batalnya solat tersebut.

Untuk ketika merasa kyusuk dalam , maka pastikan perkara-perkara sebelum solat dapat diselesai atau diuruskaan dengan sempurna, Tiada zikir khas untuk kyusuk dalam solat kecuali memahami segala makna bacaan dalam solat.

Setiap kali dia menyesal dia bertaubat dan berdoa tetapi dia mengulangi dosa itu semula.. Adakah doa dan taubatnya  akan diterima oleh Allah SWT? Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan : 

Allah SWT tetap akan terima taubat hamba-Nya jika dia bertaubat kepada Allah SWT selagi nyawanya belum sampai dikerongkong (sebelum nazak). Untuk muhasabah kenapa seseorang sudah bertaubat boleh mengulangi dosa-dosa yang lama dimana silapnya? Jika kita lihat syarat-sayart taubat nasuha terdapat 5 perkara :

PERTAMA : Taubatnya tersebut dilakukannya dengan ikhlas semata kerana Allah. Jadi, faktor yang mendorongnya untuk bertaubat, bukanlah kerana riyak nama baik (prestise), takut kepada makhluk ataupun mengharap suatu urusan duniawi yang ingin diraihnya. Bila dia telah berbuat ikhlas dalam taubatnya kepada Allah dan faktor yang mendorongnya adalah ketakwaan kepada-Nya, takut akan seksaanNya serta mengharap pahalaNya, maka berarti dia telah berbuat ikhlas dalam hal tersebut.

KEDUA : Menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan. Yakni, seseorang mendapati dirinya sangat menyesal dan bersedih atas perbuatan yang telah lalu tersebut serta memandangnya sebagai perkara besar yang wajib baginya untuk melepaskan diri darinya.

KETIGA : Berhenti total dari dosa tersebut dan keinginan untuk terus melakukannya. Bila dosanya tersebut berupa tindakannya meninggalkan hal yang wajib, maka setelah taubat dia harus melakukannya dan berusaha semaksima mungkin untuk membayarnya. Dan jika dosanya tersebut berupa tindakannya melakukan sesuatu yang diharamkan, maka dia harus cepat berhenti total dan menjauhinya. Termasuk juga, bila dosa yang dilakukan terkait dengan makhluk, maka dia harus memberikan hak-hak mereka tersebut atau meminta dihalalkan darinya.

KEEMPAT :  Bertekad untuk tidak lagi mengulanginya di masa yang akan datang. Yakni, di dalam hatinya harus tertanam tekad yang bulat untuk tidak lagi mengulangi perbuatan maksiat yang dia telah bertaubat darinya.

KELIMA :  Taubat tersebut hendaklah terjadi pada waktu yang diperkenankan. Jika terjadi setelah lewat waktu yang diperkenankan tersebut, maka ia tidak diterima. Lewatnya waktu yang diperkenankan tersebut dapat bersifat umum dan dapat pula bersifat khusus. Waktu yang bersifat umum adalah saat matahari terbit dari arah terbenamnya. Maka, bertaubat setelah matahari terbit dari arah terbenamnya tidak dapat diterima. Atau ketika nazak (nyawa dikerongkong) maka taubatnya tidak akan diterima.

Satu perkara yang perlu diingat jika seseorang sudah bertaubat kemudian mengulangi lagi dosa tersebut di khautiri hatinya menjadi mati dan rasa payah pula nak kembali kepada fitrah yang asal dan tiba-tiba dia mati dalam keadaan dia tak sempat nak bertaubat maka perkara inilah yg sangat dikhuatiri.

Oleh itu pesanlah kepada saudara kita yang sudah bertaubat maka janganlah sekali-kali cuba melanggari janji yang telah dia buat dihadapan Allah SWT untuk bertaubat tiba-tiba dia lupa akan janji yang telah dia ucapkan ketika dia bertaubat dahulu. Wallahu a’lam

Add Comment