Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kisah Benar Orang Yang Mengamalkan Surah Al-Waqiah Oleh Mufti Kedah
Assalamualaikum
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Pada telahan saya, tentu ramai yang sudah mengetahui kelebihan mengamalkan surah Al-Waqiah setiap malam atau setiap hari.
Kalau ada yang belum tahu, mari lihat video di bawah ini.
Dalam video ini, Dato’ Syeikh Baderudin Ahmad merangkap Mufti Negeri Kedah membacakan sebuah hadis tentang surah Al-Waqiah yang bermaksud:
Barang siapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam tidak akan papa selama-lamanya.
Video ini dirakam semasa Kuliah Maghrib di Masjid Al-Hana, Kuah, Langkawi pada 18 Dec 2014
Kisah Benar Orang Yang Mengamalkan Surah Al-Waqiah Oleh Mufti Kedah
Dato’ Mufti menceritakan sebuah kisah benar seorang ustaz yang membuka sebuah pusat tahfiz (hafal Al-Quran).
Peliknya ustaz ini, dia tidak mahu menerima sebarang sumbangan untuk pusat tahfiznya kerana dia mahu mengeluarkan duitnya sendiri.
Apabila Dato’ Mufti bertanya dari mana ustaz itu dapat duit.
Beliau menjawab bahawa dia sendiri tidak tahu…
Katanya lagi, dia seorang kontraktor bersama rakannya yang turut mengusahakan pusat tahfiz sentiasa mendapat projek yang mana orang lain tidak dapat.
Dalam pada itu, beliau juga mengatakan bahawa dia tidak pernah sama sekali meninggalkan satu amalan yang ditinggalkan oleh ibunya.
Amalan itu adalah membaca surah Al-Waqiah. Setiap hari beliau akan membaca surah ini.
Jika tertinggal satu hari, esoknya beliau akan membaca dua kali sebagai qada’
Ringkasan Surah Al-Waqiah
Antara isi kandungan surah Al-Waqiah
Ahli syurga ada 2 golongan iaitu orang yang duduk first class dan second class.
Orang yang duduk neraka
Nikmat yang Allah SWT beri
Kejadian kita daripada air mani yang bercampur dengan air ibu bapa.
Diberikan kita tumbuh-tumbuhan untuk makan
Allah berikan air
Keperluan api dalam kehidupan kita.
Tujuan saya berkongsi dengan anda semua adalah untuk mengajak anda bersama-sama saya membina yakin dengan janji Rasulullah SAW.
Jangan lupa baca Formula Rezeki Melimpah Ruah.
Jika kita amalkan membaca surah Al-Waqiah ini kita boleh mendapat banyak kelebihan.
Dua daripadanya adalah pahala dan janji Rasulullah SAW iaitu rezeki yang melimpah ruah.
Kalau boleh kita hafal surah ini. InsyaAllah.
Sumber: kalifahrasullulah.blogspot.my