Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Pokok senduduk biasanya ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini sebenarnya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, sebagai penawar kepada pelbagai penyakit antaranya:
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
1. Cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.
2. Masalah keputihan – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya
3. Bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang
4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.
5. Rawatan selepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim
6. Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.
7. Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.
8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.
Sumber: Petua Ibu