AYAH KERJA DRIVER LORI, TAPI TAK SANGKA HANYA DENGAN AMALKAN SATU SURAH TU REZEKI JADI MURAH

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nama saya Nurul. Ayah sy driver lori dan mak sy pulak jual nasi lemak. Kehidupan kami memang susah. Tapiayah ajar sy untuk amalkansurah ni. So sejak sekolah rendah sampai ke universiti sy amalkan, memang murahrezeki sy. Selalu dapat top 20 di sekolah dan 4.0 kat universiti. Tapi ada “sesuatu” yg buat sy lebih terkejut. Satu hari…..

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ayah Kerja DRIVER LORI, Tapi Tak Sangka Hanya Dengan Amalkan SATU SURAH Tu Rezeki Jadi Murah | Khalifah Mail Online – Dah selalu sangat kita tengok viral testimoni nak putih, nak kurus. Mai sini kita baca rahsia apabila mengamalkan surah Al Waqiah dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua boleh jadi istiqomah macam confessor ni jugak. InsyaAllah

BUKAN DARI LATARBELAKANG KELUARGA SENANG
Nama saya Nurul. Pengalaman saya mungkin tidak segah atau se’grand’ confessor-confessor sebelum ini, sebab saya sendiri masih seorang student dan belum bekerja, masih berusia awal 20an. Tapi segala rezeki ini saya pandang sebagai nikmat yang besar, dan saya rasa excited nak share. Kerana rezeki itu tidak terzahir melalui duit semata-mata, tetapi juga hal lain, dan kalau untuk saya seorang student, melalui pelajaran.

Saya start amalkan al-waqiah since sekolah rendah sebab abah yang suruh. Kami bukan family senang, sekarang abah kerja as a driver dengan gaji bersih RM1200 sebulan, dan mak penjual nasi lemak, pendapatan bersih mungkin kurang RM700 sebulan. Dari darjah 1 sampai darjah 6, saya tak pernah tak dapat number 1 dalam setiap exam. Harap pembaca semua tak rasa saya nak bermegah dengan akademik saya, jujur saya cuma nak tunjuk hebatnya al-waqiah tu.

Masuk form 1 saya dah duduk asrama, dekat satu SBP. Dan masih mengamalkan surah al-waqiah, terutamanya bila dekat sekolah, sebab dekat rumah akan datang satu penyakit malas huhuhu (jangan tiru). Alhamdulillah, dari form 1 sampai form 5, setiap exam, saya akan berada dalam ranking top 20 dalam batch, dan beberapa kali dapat top 5. PMR dan SPM alhamdulillah berkat doa mak abah dari jauh dan didikan cikgu-cikgu awesome, straight As.

After zaman spm, saya tak apply mana-mana overseas punya programme, saya cuma apply asasi and dapat cfs iium. Al waqiah masih diamalkan setiap kali lepas solat maghrib. 4 sem di cfs, Allah kurniakan dean’s list untuk tiga sem terakhir. Sem 1 memang saya mengaku saya main-main hahaha. Ditawarkan medic di uia kuantan, tapi saya tolak atas sebab tertentu dan sekarang dah bahagia tamat first year kos lain dekat uia kuantan jugak hehehe.

Okay ni zaman yang saya rasa Allah kurniakan lebih lagi bermacam-macam rezeki. Sebelum start degree di uia, saya ada apply satu dermasiswa. Not exactly dermasiswa la, dia more to crowdfunding, yang kita isi details and tulis kenapa kita rasa kita layak dapat derma/bantuan ikhlas dari orang ramai. Korang boleh usha dekat website dia sendiri, google je Skolafund.

Saya apply sebab kawan yang suggest and masa tu kan nak kena pakai banyak duit, kuantan tu jauh pulak tu, saya risau mak ayah nanti nak kena tanggung saya banyak sangat. Skolafund ni, korang kena tetapkan sendiri taw berapa ringgit yang korang target akan disumbang oleh orang ramai. Saya letak RM2960, sebab tu total yuran untuk first year degree. Dan tanpa disangka, saya dapat lebih kurang RM3200 lebih. Perasaannya Allah je tahu. Rasa bersyukur sebab Allah tu sangat mendengar doa dan juga rasa bangga dengan orang Malaysia yang sangat suka menderma.

Sem 1, setiap kali after maghrib, masih dengan sudah alwaqiah. Result sem 1, alhamdulillah atas 3.9. Yang membolehkan saya apply excellence award dan ummatic scholarship under uia. Alhamdulillah, excellence award tu dah officially dapat, tapi kena maintain cgpa atas 3.8 (doakan saya)! Apa yang saya dpt melalui award tu? Yuran yang saya kena bayar tinggal separuh je, means satu sem saya kena bayar RM 700 je lepas ni, bukan RM 1480 lagi dah. Ummatic scholarship insyaAllah dikhabarkan akan dapat jugak, doakan saya dan kawan-kawan (so that boleh terminate ptptn hehe)!

REZEKI YANG TAK DISANGKA SANGKA

Okay masuk sem 2, saya selang selikan hari-hari after maghrib surah alwaqiah dan surah ar-rahman. Sekali pakej dengan dhuha, tapi tu pun tak hari-hari, teruk kan. Sem 2 lagi stressful kau dari sem 1, sumpah wa cakap. Lagi susah and lagi nampak macam samar-samar je cahaya kebahagiaan tu. Exam final pun rasa pasrah je masa jawab. Dan saya memang dah expect awal-awal yang excellence award saya akan ditarik (meaning gpa saya akan less than 3.8) tapi subhanallah…sungguh Allah itu baik. Saya bukan muslimah yang terlalu baik ye, saya banyak dosa dan amalan alwaqiah ni pun kalau dekat rumah tu hmmm mengecewakan, selalu tinggal. Cuma dekat sekolah and dekat uia je boleh kira dengan jari berapa hari yang saya miss surah kesayangan ni.

Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, doa ibu bapa sekali lagi dan didikan lecturer yang marveles, sem 2 saya dapat 4 flat. So selamat la award hahaha. Sekarang tengah cuti sem, berbaki sebulan. Dalam cuti ni pun saya ada masuk satu contest cerpen dan rezeki dari Allah, dapat la rm100 sebab dapat 2nd place. Dalam cuti ni jugak ada senior hadiahkan rm100 sebab buatkan something untuk dia, pastu jumpa duit dalam beg lama hahahaha k ni ramai je orang alami. Tapi nampak kan rezeki tu datang tak disangka-sangka dan tak putus? Dan terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang saya tak larat nak type dah sakit mata tengok phone ni lama-lama.

Sekali lagi, maaf kalau anda rasa saya brag atau sengaja nak tayang result ke. Point saya di sini cumalah janji Allah itu pasti. Saya punya bad habit yang tak maintain istiqamah alwaqiah bila cuti dekat rumah tu, tolong jangan tiru dan doakan saya boleh ubah. Allah tu Maha Baik, Maha Pemurah, amalan saya yang suam-suam kuku pun, Allah tetap bagi juga rezeki dan nikmat tanpa disangka-sangka. Apatah lagi kalau konsisten selalu.

Saya orang susah, rasanya saya paling susah dalam class, jarang dan rasanya tak pernah ada barang mewah tapi tak tahu kenapa, barang keperluan tu sentiasa dirasa cukup. Sentiasa ada jalan penyelesaian kalau ada masalah duit. Dan berkat mak abah yang pandai rolling duit juga. Tak banyak, tak mewah, tapi cukup, dan tak perlu pinjam orang. Ujian dan dugaan tu serius cakap, banyak.

Tapi nikmat kurniaan Allah tu lebih banyak. Lately ni baru saya sedar yang Allah dah kasi banyak.. tak perlu terlalu banyak, asalkan cukup. Cukup itu nikmatnya lebih manis. Dan baru saya sedar yang saya tak perlu minta mewah dari Allah, cuma perlu minta ‘cukup’. Dan saya harap saya akan sentiasa sedar yang rezeki itu bukan hanya dalam bentuk wang, tapi dalam bentuk lain yang selalu kita lupa untuk syukuri. Keluarga, kawan-kawan, ketenangan, mudah faham dalam class, keselamatan, dan macam-macam lagi. Doakan saya boleh istiqamahkan diri dengan amalan alwaqiah serta memantapkan diri dari sudut-sudut lain juga lepas ni! Syukur selalu.

– Totoro

ps:

Bukan hanya alwaqiah, bukan hanya yassin, bukan hanya kahfi, tetapi the whole quran juga. Sehari selembar alquran, thats sweet. Dan ya, tafsir itu menerangkan pemahaman. Dan tidak, bukan baca alquran dengan niat kaya. Tapi kerana itulah sumber ilmu yang pertama, tarafnya melebihi akal. Jangan ramai yang salah faham, saya cuma share experience sendiri je. Sorry kalau ramai yang anggap apa yang saya ingin sampaikan ialah alquran sebagai tangkal untuk mendapatkan harta dunia, harap anda tak salah faham jauh sampai macam tu sekali. Dont forget your quran today ya!

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *